STR HASIL GOV MY SEMAKAN (FASA 3 2024)

STR HASIL GOV MY SEMAKAN (FASA 3 2024)

Sebahagian daripada penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa tiga (3) telah menerima pengkreditan tunai bermula 29 Ogos 2024, namun masih ada sebahagian penerima yang belum menerimanya. Ini kerana kerajaan mengkreditkan bantuan secara berperingkat sehingga 20 September 2024.

Bagaimanakah str hasil semakan fasa 3? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK BANTUAN TUNAI TAMBAHAN STR SEPTEMBER : SEMAK STATUS SEKARANG

PORTAL STR HASIL GOV MY

Berikut merupakan pautan Portal Rasmi STR :

PERKARAPAUTAN
Portal Rasmi STR Hasilhttps://bantuantunai.hasil.gov.my/

STR HASIL GOV MY SEMAKAN

Ikuti cara semakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa ketiga (3) seperti berikut :

  1. Sila layari laman Portal Rasmi STR Hasil pada pautan di atas.
  2. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan [No MyKad].
  3. Kemudian, klik butang [Log Masuk] di bawah.
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Sekiranya frasa keselamatan yang dipaparkan adalah betul, sila klik [Ya].
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status penerima fasa tiga (3) akan dipaparkan.
  10. Selesai.

JADUAL KREDIT STR HASIL GOV MY (FASA 3 2024)

Pengkreditan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi fasa ketiga (3) adalah mengikut jadual berikut :

JENIS PENERIMATARIKH KREDIT STR
Penerima Sedia AdaBermula : 29 Ogos 2024
Hingga : 06 September 2024
Penerima Baharu & RayuanBermula : 18 September 2024
Hingga : 20 September 2024

CARA PENERIMAAN STR (FASA 3 2024)

Penerimaan bantuan STR bagi fasa ketiga (3) adalah melalui cara seperti berikut :

  1. Dikreditkan secara tunai ke dalam akaun bank penerima / pasangan; atau
  2. Diberikan secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sekiranya :
    • Tiada akaun bank yang aktif; atau
    • Status ‘Gagal Kredit’.

BILANGAN PENERIMA STR (FASA 3 2024)

Setiap fasa, bilangan penerima akan meningkat oleh kerana permohonan yang dibuka sepanjang tahun dan bilangan penerima STR bagi fasa ketiga (3) telah meningkat seperti berikut :

BIL.KATEGORI KELAYAKANBILANGAN PENERIMA
1.Isi Rumah Pendapatan
RM2,500 ke bawah
3.0 juta
2.Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 – RM5,000
1.0 juta
3.Warga Emas Tiada
Pasangan
1.2 juta
4.Bujang3.3 juta
*Keseluruhan penerima adalah seramai 8.5 juta.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi STR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2024.pdf.

1 thought on “STR HASIL GOV MY SEMAKAN (FASA 3 2024)”

Leave a Comment