CHECK BANTUAN TUNAI RM650 FASA 3 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

CHECK BANTUAN TUNAI RM650 FASA 3 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

Kerajaan Madani komited untuk membantu rakyat Malaysia khususya isi rumah yang berpendapatan rendah. Oleh itu, Bantuan Tunai bagi fasa ketiga (3) disalurkan sehingga berjumlah RM650 kepada sebahagian 3.0 juta penerima yang berkelayakan.

Bagaimanakah check status bantuan tunai rm650 fasa 3? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : STR HASIL GOV MY SEMAKAN (FASA 3)

TARIKH BAYARAN BANTUAN TUNAI RM650 FASA 3 2024

Bantuan Tunai yang berjumlah RM650 akan dibayar kepada penerima sedia ada untuk fasa tiga (3) secara berperingkat bermula pada tarikh 29 Ogos 2024 sehingga 6 September 2024 dan akan dibayar kepada penerima baharu bermula pada tarikh 18 September 2024 sehingga 20 September 2024.

KAEDAH BAYARAN BANTUAN TUNAI RM650 FASA 3 2024

Kaedah pembayaran Bantuan Tunai yang bernilai RM650 adalah ditentukan mengikut jenis penerima, iaitu :

  • Bagi penerima mempunyai akaun bank :
    • Akan dikreditkan secara tunai ke dalam akaun bank yang didaftarkan.
  • Bagi penerima tiada akun bank / status ‘Gagal Kredit’ :
    • Diberikan secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

MASA BAYARAN BANTUAN TUNAI RM650 FASA 3 2024

Bayaran Bantuan Tunai akan mula dimasukkan ke dalam akaun bank penerima mengikut masa seperti berikut :

  • Bank Simpanan Nasional : Selepas 6 petang;
  • Bank Islam : Selepas 8 malam;
  • Affin Bank : Selepas 8 malam;
  • Ambank : Selepas 8 malam;
  • Maybank : Selepas 9 malam;
  • Cimb Bank : Selepas 9 malam;
  • RHB Bank : Selepas 9 malam; dan
  • Bank Muamalat : Selepas 10 malam.

*Nota : Adalah tertakluk kepada tarikh kemasukan penerima.

KRITERI KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TUNAI RM650 FASA 3 2024

Bantuan Tunai bernilai RM650 bagi fasa ketiga (3) adalah terhad kepada penerima yang menepati kriteria kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Tiada had umur;
  • Berpasangan / Ibubapa tunggal;
  • Mempunyai anak / tanggungan lima (5) orang dan ke atas;
  • Pendapatan isi rumah bawah RM2,500 sebulan.

CHECK BANTUAN TUNAI RM650 FASA 3 2024

Ikuti cara check status penerima Bantuan Tunai RM650 fasa tiga (3) seperti berikut :

  1. Sila layari pautan rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Kemudian, halaman utama akan dipaparkan.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan [No MyKad].
  4. Klik pada butang [Log Masuk] di bawah.
  5. Seterusnya, klik pula pada butang [Semak].
  6. Sekiranya frasa keselamatan yang dipaparkan adalah betul, klik [Ya].
  7. Masukkan kata laluan yang betul.
  8. Klik butang [Log Masuk].
  9. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Status penerima fasa tiga (3) akan dipaparkan.
  11. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi STR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2024.pdf.

Leave a Comment