CHECK BANTUAN TUNAI RM300 FASA 3 2024 : SEMAK PENERIMA SEKARANG
Kebiasaannya bantuan yang diberikan adalah khusus kepada golongan yang berpendapatan rendah. Namun bantuan tunai yang berjumlah RM300 ini khusus diberikan kepada golongan yang berpendapatan serdehana seramai lebih 1.0 juta rakyat Malaysia.
Bagaimanakah check bantuan tunai rm300 fasa 3? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : CHECK BANTUAN TUNAI RM650 FASA 3 : SEMAK STATUS SEKARANG
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TUNAI RM300 FASA 3 2024
Berikut merupakan kelayakan penerima Bantuan Tunai RM300 bagi fasa ketiga (3) yang ditetapkan oleh Kerajaan :
- Warganegara Malaysia;
- Berpasangan / ibubapa tunggal;
- Mempunyai anak / tanggungan lima (5) orang dan ke atas;
- Pendapatan isi rumah RM2,501 hingga RM5,000 sebulan;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah fasa 1 kategori Isi Rumah.
CARA PENYALURAN BANTUAN TUNAI RM300 FASA 3 2024
Terdapat dua (2) cara penyaluran Bantuan Tunai bernilai RM300 bagi fasa tiga (3), iaitu melalui :
- Disalurkan ke dalam akaun bank penerima yang aktif; atau
- Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
JADUAL PENYALURAN BANTUAN TUNAI RM300 2024
Penyaluran Bantuan Tunai yang berjumlah RM300 adalah mengikut jadual seperti berikut :
FASA BAYARAN | TARIKH PENYALURAN | JUMLAH BANTUAN |
---|---|---|
1. | 29 Januari 2024 hingga 2 Februari 2024 | RM300 |
2. | 3 April 2024 hingga 9 April 2024 | RM300 |
3. | 29 Ogos 2024 hingga 6 September 2024 | RM300 |
4. | ** November 2024 | RM*** |
CHECK BANTUAN TUNAI RM300 FASA 3 2024
Ikuti cara check penerima Bantuan Tunai RM300 fasa tiga (3) seperti berikut :
- Sila layari laman rasmi Bantuan Tunai di pautan ini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Isikan ruangan [No MyKad] mengikut format tanpa – (contoh : 6702305678).
- Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status penerima fasa tiga (3) akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi STR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2024.pdf.