SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN TUNAI RAKYAT RM3700 2024 : CHECK SEKARANG
Penyasaran semula subsidi oleh Kerajaan akan dilaksanakan pada tahun 2024. Sejajar dengan itu, daripada penjimatan subsidi yang dapat Kerajaan akan meningkatkan pemberian bantuan tunai kepada rakyat sehingga RM3,700 melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Bagaimanakah semakan status penerima bantuan tunai rakyat rm3700? Ikuti penerangan selanjutnya di sini.
BACA JUGA : MY KASIH COM MY SEMAKAN STATUS BANTUAN SARA RAHMAH : CHECK SEKARANG
AMAUN BANTUAN TUNAI RAKYAT
Berikut merupakan amaun Bantuan Tunai Rakyat yang akan disalurkan mengikut kategori seperti di bawah :
- Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
KATEGORI PENERIMA | AMAUN BANTUAN |
---|---|
Isi Rumah Pendapatan RM2,500 ke bawah | -RM1,000 (0 anak). -RM1,500 (1-2 anak). -RM2,000 (3-4 anak). -RM2,500 (5 ke atas). |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 | -RM500 (0 anak). -RM750 (1-2 anak). -RM1,000 (3-4 anak). -RM1,250 (5 ke atas). |
Warga Emas Tiada Pasangan Pendapatan RM5,000 ke bawah | RM600 |
Bujang Pendapatan RM2,500 ke bawah | RM350 |
- Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :
KATEGORI PENERIMA | AMAUN BANTUAN |
---|---|
STR Miskin Tegar | Isi Rumah : RM1,200 Warga Emas : RM1,200 Bujang : RM600 |
STR Miskin | Isi Rumah : RM1,200 Warga Emas : RM1,200 Bujang : RM600 |
STR Asas Bukan Miskin / Miskin Tegar | Isi Rumah : RM300 Warga Emas : RM150 Bujang : RM150 |
KAEDAH PENYALURAN BANTUAN TUNAI RAKYAT RM3700 2024
Kedua-dua bantuan iaitu Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan melalui kaedah yang berbeza seperti berikut :
PERKARA | KAEDAH PENYALURAN |
---|---|
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) | Disalurkan ke dalam akaun bank penerima secara berfasa (4 fasa) |
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) | Disalurkan ke dalam MyKad penerima setiap bulan selama 12 bulan RM50 / RM100 setiap bulan. |
JADUAL PENYALURAN BANTUAN TUNAI RAKYAT RM3700 2024
Penyaluran Bantuan Tunai Rakyat adalah mengikut jadual seperti berikut :
PERKARA | JADUAL PENYALURAN |
---|---|
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) | Fasa 1 : Februari 2024 Fasa 2 : April 2024 Fasa 3 : Ogos 2024 Fasa 4 : November 2024 |
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) | Bagi penerima Semenanjung Malaysia : 22 Januari 2024 01 Februari 2024 01 Mac 2024 01 April 2024 01 Mei 2024 01 Jun 2024 01 Julai 2024 01 Ogos 2024 01 September 2024 01 Oktober 2024 01 November 2024 01 Disember 2024. Sabah & Sarawak : 19 Feb 2024 & 12 Ogs 2024 |
SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN TUNAI RAKYAT RM3700 2024
Untuk kedua-dua Sumbangan ini boleh disemak melalui satu (1) Portal iaitu Sumbangan Tunai Rahmah (MySTR LHDNM) seperti berikut :
PAUTAN PORTAL RASMI MYSTR LHDNM |
---|
https://bantuantunai.hasil.gov.my/default |
- Sila klik pada pautan Portal Rasmi MySTR LHDNM di atas.
- Masukkan nombor Kad Pengenalan pemohon pada ruangan [No MyKad].
- Kemudian, klik [Log Masuk].
- Klik butang [Semak].
- Seterusnya, klik [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon adalah betul.
- Masukkan kata laluan dengan betul dan tekan [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada [Semakan Permohonan].
- Status Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pemohon akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Portal Rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- STR :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
- SARA :
- Talian MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1800
- Email : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Risalah/Risalah%20STR%202024.pdf dan https://www.mykasih.com.my/.