SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN SARA RAHMAH RM100 SETIAP BULAN 2024 : CHECK SEKARANG
Setiap bulan Bantuan Sara Rahmah yang bernilai RM100 akan dikreditkan ke dalam kad pengenalan penerima sepanjang tempoh 12 bulan bermula pada 22 Januari 2024 dan seterusnya setiap bulan sehingga akhir pengkreditan adalah pada bulan Disember 2024.
Bagaimanakah semakan status penerima bantuan sara rahmah rm100 setiap bulan? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH SARA RM1200 : CHECK SEKARANG
SENARAI PENERIMA BANTUAN SARA RAHMAH
Berikut merupakan senarai penerima Bantuan Sara Rahmah mengikut kategori kelayakan seperti di bawah :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH PENERIMA |
---|---|
Kategori Miskin Tegar : i. Isi Rumah (Berkahwin / ibubapa tunggal yang mempunyai anak). ii. Warga Emas Tiada Pasangan. iii. Bujang. | 0.2j penerima |
Kategori Miskin : i. Isi Rumah (Berkahwin / ibubapa tunggal yang mempunyai anak). ii. Warga Emas Tiada Pasangan. iii. Bujang. | 0.5j penerima |
Kategori Asas (Bukan miskin / miskin tegar) : i. Isi Rumah Berkahwin. ii. Warga Emas Tiada Pasangan. iii. Bujang. | 5.6j penerima |
AMAUN BANTUAN SARA RAHMAH 2024
Setiap penerima akan menerima amaun Bantuan Sara Rahmah yang berbeza mengikut kelayakan kategori seperti berikut :
- Katagori Miskin & Miskin Tegar :
KATEGORI PENERIMA | AMAUN BANTUAN |
---|---|
Isi Rumah Berkahwin / Ibu bapa tunggal yang mempunyai anak | RM1,200 |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM1,200 |
Bujang | RM600 |
- Kategori Asas (Bukan Miskin / Miskin Tegar) :
KATEGORI PENERIMA | AMAUN BANTUAN |
---|---|
Isi Rumah Asas | RM300 |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 |
Bujang | RM150 |
KAEDAH PENERIMAAN BANTUAN SARA RAHMAH RM100 SETIAP BULAN 2024
Penerimaan / penyaluran Bantuan Sara Rahmah adalah berbeza mengikut kategori dan alamat penerima seperti berikut :
KATEGORI & ALAMAT PENERIMA | KAEDAH PENERIMAAN |
---|---|
Kategori Miskin & Miskin Tegar Penerima di Semenanjung Malaysia | Akan disalurkan ke dalam MyKad : i. Penerima Isi Rumah & Warga Emas (RM1,200) akan disalurkan RM100 setiap bulan selama 12 bulan. ii. Penerima Bujang (RM600) akan menerima RM50 setiap bulan. |
Kategori Miskin & Miskin Tegar Penerima di Sabah & Sarawak | Akan disalurkan melalui akaun bank / tunai di Bank Simpanan Nasional : i. Penerima Isi Rumah & Warga Emas (RM1,200) akan disalurkan RM600 (2) kali setahun. ii. Penerima Bujang (RM600) akan disalurkan RM300 (2) kali setahun. |
Kategori Asas | Akan dimaklumkan dari semasa ke semasa dalam masa terdekat. |
SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN SARA RAHMAH RM100 SETIAP BULAN 2024
Ikuti cara semakan status Bantuan Sara Rahmah di Portal Rasmi MyKasih seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih; klik pautan di sini : https://www.mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
- Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Tekan butang [Semak Status].
- Status anda akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila hubungi pihak berwajib seperti berikut :
- Hubungi MyKasih: 03-7720 1800 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
- Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.
Tiada dlm rekod
Tiada dalam rekod
Sy seorang bekas tentera mangalami cacat jari telunjuk dan patah bahu xboleh buat kerja berat…utk bwrtahan hidup hanya boleh buat kerja kampung shaja…