SEMAKAN BANTUAN MYKAD UNTUK PEMBELIAN BARANGAN ASAS DAPUR RM100 SEBULAN 2024 : CHECK SEKARANG
Program bantuan ini pada tahun 2024 dijangka memanfaatkan lebih 700,000 penerima dengan peruntukan RM700 juta berbanding tahun 2023, iaitu hanya 210,000 penerima dengan perbelanjaan RM130 juta. Ini melibatkan peningkatan peruntukan lebih lima kali ganda berbanding tahun lepas. Di bawah program ini, penerima yang layak boleh membeli barang keperluan asas terpilih dengan menggunakan myKAD di kedai-kedai runcit berdaftar.
Bagaimanakah semakan bantuan mykad untuk pembelian barangan asas dapur rm100 sebulan? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : CARA DAFTAR BANTUAN MY KASIH RM100 SEBULAN : MOHON SEKARANG
SENARAI BANTUAN BARANGAN ASAS DAPUR RM100 SEBULAN
Kerajaan telah menambah senarai barangan yang boleh dibeli dengan menggunakan bantuan RM100 dalam MyKad seperti berikut :
- Beras.
- Roti.
- Telur.
- Minyak masak.
- Tepung.
- Biskut.
- Mi segera.
- Minuman.
- Makanan dalam tin.
- Bahan perasa.
- Produk kebersihan.
- Ubat-ubatan.
- Barangan persekolahan.
SENARAI KEDAI BERDAFTAR BANTUAN MYKAD UNTUK PEMBELIAN BARANGAN ASAS RM100 SEBULAN
Penerima yang layak akan diberi penerangan mengenai kedai runcit terdekat untuk membeli barangan keperluan asas. MyKasih mempunyai lebih daripada 600 rakan runcit di seluruh negara seperti :
- Mydin.
- Giant.
- Econsave.
- The Store.
- Pacific.
- Milimewa.
- 99 Speedmart.
- Lotus Stores (Tesco).
- Serta pasar raya dan pasar mini bebas.
*Rujuk senarai kedai berhampiran anda di sini : https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list.
CARA PEMBELIAN BARANGAN ASAS MENGGUNAKAN BANTUAN MYKAD RM100 SEBULAN
Ikuti cara pembelian barangan asas dengan menggunakan bantuan yang dikreditkan ke dalam MyKad penerima seperti berikut :
- Pilih Barangan Keperluan : Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan : Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
- Imbas Kod Barangan : Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Menggunakan MyKad : Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
- Simpan Resit Untuk Semakan : Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
SEMAKAN BANTUAN MYKAD UNTUK PEMBELIAN BARANGAN ASAS DAPUR RM100 SEBULAN 2024
Ikuti cara semakan bantuan untuk pembelian barangan asas dapur RM100 sebulan di Portal Rasmi MyKasih seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih di sini : https://www.mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
- Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Tekan butang [Semak Status].
- Status anda akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Email : [email protected]
- Website : https://www.mykasih.com.my/contact-us/.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.