SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN SARA MY KASIH FASA 1 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN SARA MY KASIH FASA 1 2024 : CHECK SEKARANG

Penambahbaikan Program Bantuan SARA yang dilancarkan oleh Kerajaan Madani menyasarkan untuk mengangkat taraf ekonomi golongan yang terkesan bagi membantu lebih ramai rakyat. Ini merupakan langkah awal dalam membina sebuah masyarakat yang inklusif seperti yang dicadang dalam kerangka Ekonomi MADANI.

Bagaimanakah semakan status penerima bantuan sara my kasih fasa 1? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN MYKAD UNTUK PEMBELIAN BARANGAN ASAS DAPUR RM100 SEBULAN : CHECK SEKARANG

APA ITU BANTUAN SARA MY KASIH

Bantuan Sara ialah merupakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diperkenalkan di bawah program MyKasih Foundation. Bantuan ini khas disalurkan menerusi Mykad penerima setiap bulan yang boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas di mana-mana kedai seluruh Malaysia.

SIAPAKAH YANG LAYAK MENERIMA BANTUAN SARA MY KASIH FASA 1 2024

Bantuan Sara ini diberikan kepada yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

BERAPAKAH JUMLAH BANTUAN SARA MY KASIH

Jumlah bantuan Sara yang diberikan adalah berdasarkan kategori seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH
BANTUAN
Kategori Miskin Tegar-Isi Rumah : RM1,200
-Warga Emas : RM1,200
-Bujang : RM600
Kategori Miskin-Isi Rumah : RM1,200
-Warga Emas : RM1,200
-Bujang : RM600
Kategori Asas
(Bukan Miskin / Miskin Tegar)
-Isi Rumah : RM300
-Warga Emas : RM150
-Bujang : RM150
*Kategori di atas adalah berdasarkan penerima STR.

BILAKAH TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA MY KASIH FASA 1 2024

Tarikh bayaran Bantuan Sara Mykasih untuk fasa 1 telahpun diumumkan mengikut alamat penerima seperti berikut :

ALAMAT
PENERIMA
TARIKH
BAYARAN 1
Penerima dari
Semenanjung Malaysia
22 Januari 2024 (Isnin)
Penerima dari
Sabah, Sarawak dan
Wilayah Persekutuan Labuan
19 Februari 2024 (Isnin)

BERAPAKAH JUMLAH BAYARAN FASA 1 2024

Jumlah bayaran fasa 1 Bantuan Sara adalah mengikut alamat penerima dan juga kategori seperti berikut :

ALAMAT / KATEGORI
PENERIMA
JUMLAH
BAYARAN 1
Penerima dari
Semenanjung Malaysia
Kategori Miskin / Miskin Tegar
Isi Rumah & Warga Emas : RM100
Bujang : RM50 (setiap bulan)
Penerima dari
Sabah, Sarawak dan
Wilayah Persekutuan Labuan
Kategori Miskin / Miskin Tegar
Isi Rumah & Warga Emas : RM600
Bujang : RM300 (dua kali setahun)
Penerima
Kategori Asas
(Bukan Miskin / Miskin Tegar)
Akan dimaklumkan dari semasa
ke semasa dalam masa terdekat

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN SARA MY KASIH FASA 1 2024

Anda boleh membuat semakan status bagi bayaran fasa1 di Portal Rasmi MyKasih seperti berikut :

PAUTAN PORTAL RASMI MYKASIH
https://www.mykasih.com.my/
  1. Sila klik pada pautan Portal Rasmi MyKasih di atas.
  2. Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  4. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  5. Tekan butang [Semak Status].
  6. Status anda akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih berkaitan Bantuan SARA . Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment