CHECK BANTUAN SARA HIDUP RM1800 FASA 3 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

CHECK BANTUAN SARA HIDUP RM1800 FASA 3 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

Kumpulan rentan yang berpendapatan rendah pastinya akan merasa terbeban dengan peningkatan kos sara hidup yang tidak menentu. Oleh itu, Kerajaan memperkenalkan Bantuan Sara Hidup yang disalurkan setiap bulan bagi membantu mengurangkan bebanan rakyat.

Bagaimanakah check bantuan sara hidup rm1800 fasa 3? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAK BANTUAN TUNAI STR RM650 FASA 3 : CHECK STATUS SEKARANG

JUMLAH PERUNTUKAN BANTUAN SARA HIDUP FASA 3 2024

Kerajaan telah meningkatkan jumlah peruntukan Bantuan Sara Hidup bagi fasa ketiga (3) sehingga lima (5) kali ganda iaitu sebanyak lebih RM700 juta berbanding sebelum ini yang hanya memperuntukan sebanyak RM103 juta sahaja, peningkatan ini adalah untuk membantu lebih ramai rakyat.

SENARAI KUMPULAN PENERIMA BANTUAN SARA HIDUP FASA 3 2024

Penerima Bantuan Sara Hidup terbahagi kepada dua (2) kumpulan, iaitu :

  • Kumpulan Miskin Tegar :
    1. Isi Rumah;
    2. Warga Emas;
    3. Bujang.
  • Kumpulan Miskin Serdehana :
    1. Isi Rumah;
    2. Warga Emas;
    3. Bujang.

PELAKSANAAN BANTUAN SARA HIDUP RM1800 FASA 3 2024

Pelaksanaan Bantuan Sara Hidup yang berjumlah RM1,800 adalah diberikan kepada penerima secara ansur berperingkat selama tempoh setahun dan setiap bulan penerima akan menerima bantuan RM50 dan RM100 (mengikut kelayakan) pada tarikh berikut :

NEGERI PENERIMA
Kedah, Pulau Pinang, Selangor,
Kuala Lumpur dan Putrajaya,
Negeri Sembilan, Kelantan dan
Terengganu
22/01/2024 hingga 01/12/2024
Perlis, Perak, Pahang,
Melaka dan Johor
29/01/2024 hingga 01/12/2024

AGIHAN AMAUN BANTUAN SARA HIDUP FASA 3 2024 MENGIKUT KELAYAKAN

Bantuan Sara Hidup akan diagihkan kepada penerima mengikut kelayakan seperti berikut :

KUMPULAN KELAYAKAN
PENERIMA
AMAUN BANTUAN
SARA HIDUP
Isi RumahRM1,200
Warga EmasRM1,200
BujangRM600

CHECK BANTUAN SARA HIDUP RM1800 FASA 3 2024

Ikuti cara check status Bantuan Sara Hidup fasa tiga (3) seperti berikut :

  1. Sila layari Laman Rasmi Bantuan Sara Hidup.
  2. Di halaman utama, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Kemudian, bahagian semakan akan dipaparkan.
  4. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad*] tanpa – (contoh : 780230115678).
  5. Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status] di bawah.
  6. Status penerima fasa tiga (3) akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Bantuan Sara Hidup. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment