CHECK BANTUAN PEMBELIAN BARANG DAPUR RM450 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

CHECK BANTUAN PEMBELIAN BARANG DAPUR RM450 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

Di bawah dua (2) program bantuan yang berbeza daripada Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Pusat, bantuan akan disalurkan berjumlah sehingga RM450 setiap bulan bagi menampung kos pembelian barangan dapur rakyat yang memerlukan melalui cara yang berlainan.

Bagaimanakah check bantuan pembelian barang dapur rm450? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK BANTUAN TUNAI BTR RM1150 FASA 3 : SEMAK STATUS SEKARANG

KADAR PENYALURAN BANTUAN PEMBELIAN BARANG DAPUR 2024

Bantuan untuk membeli barang dapur akan disalurkan mengikut kadar yang tetapkan oleh Kerajaan Negeri sebanyak RM300 setiap bulan. Manakala, kadar yang ditetapkan oleh Kerajaan Pusat pula adalah sebanyak RM100 dan RM50 setiap bulan.

TEMPOH PENYALURAN BANTUAN PEMBELIAN BARANG DAPUR RM450 2024

Tempoh bagi penyaluran Bantuan Pembelian barang Dapur bagi penerima di bawah Kerajaan Negeri adalah disalurkan setiap bulan selama tempoh 24 bulan dan bagi penerima di bawah Kerajaan Pusat disalurkan selama tempoh 12 bulan.

CARA PENYALURAN BANTUAN PEMBELIAN BARANG DAPUR RM450 2024

Terdapat dua (2) cara penyaluran Bantuan Pembelian Barang Dapur yang berbeza, iaitu :

  1. Disalurkan secara tanpa tunai ke dalam akaun e-Wallet bagi penerima di bawah Kerajaan Negeri; dan
  2. Disalurkan secara tanpa tunai melalui akaun kad pengenalan bagi penerima di bawah Kerajaan Pusat.

JENIS BARANG DAPUR YANG BOLEH DIBELI MENGGUNAKAN BANTUAN 2024

Hanya barang dapur yang disenaraikan di bawah sahaja boleh dibeli dengan menggunakan bantuan kerajaan :

  • Beras.
  • Mi dan Bihun.
  • Roti.
  • Biskut.
  • Telur.
  • Gula dan Garam.
  • Rempah ratus, Sos, Kicap dan sebagainya.
  • Tepung.
  • Minyak masak.
  • Sayuran dan buah-buahan.
  • Daging ayam, lembu dan, kambing dan ikan.
  • Produk tenusu – susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis.

CHECK BANTUAN PEMBELIAN BARANG DAPUR RM450 2024

Ikuti cara check bantuan pembelian barang dapur di dua (2) pautan yang berbeza seperti berikut :

  • Cara Check Bantuan Barang Dapur di bawah Kerajaan Negeri :
    1. Sila layari pautan rasmi di sini : https://www.bingkasselangor.com/.
    2. Klik pada [Semak Status Permohonan].
    3. Masukkan nombor telefon tanpa (-) contoh : 0123456789.
    4. Kemudian, Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan dengan betul.
    5. Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
    6. Klik pada butang [Semakan Status].
    7. Status penerima akan dipaparkan.
    8. Selesai.
  • Cara Check Bantuan Barang Dapur di bawah Kerajaan Pusat :
    1. Sila layari pautan rasmi di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
    2. Masukkan nombor Kad pengenalan tanpa (-) contoh : 780230112345.
    3. Kemudian, klik butang [Semakan Status].
    4. Status penerima akan dipaparkan.
    5. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS & SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Talian hotline BINGKAS : 1800 22 6600
  • Talian hotline SARA : 03 7720 1800

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.bingkasselangor.com/soalan-lazim & https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment