BANTUAN PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS B40 RM1200 TERBARU 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

BANTUAN PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS B40 RM1200 TERBARU 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

Bagi masyarakat yang terdiri daripada golongan rentan (B40) pastinya merasa terbeban dengan harga barangan keperluan asas yang tidak menentu dan tidak dapat dikawal. Justeru itu, bantuan tunai akan diberikan sehingga RM1,200 bagi meringankan bebanan yang dihadapi.

Bagaimanakah semak status bantuan pembelian keperluan asas b40 rm1200 terbaru? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK BANTUAN PEMBELIAN BARANG DAPUR RM450 : SEMAK STATUS SEKARANG

INISIATIF BANTUAN KEPERLUAN ASAS B40 TERBARU 2024

Inisiatif Bantuan untuk Pembelian Keperluan Asas adalah merupakan sebuah program di bawah Kerajaan Madani yang merupakan hasil daripada penjimatan subsidi sepanjang tahun khusus untuk membantu golongan B40 menampung kos pembelian barang keperluan asas setiap bulan.

KUMPULAN PENERIMA BANTUAN KEPERLUAN ASAS B40 RM1200 TERBARU 2024

Hanya kumpulan penerima isi rumah dan ahli isi rumah yang berstatus B40 atau berpendapatan rendah di bawah garis kemiskinan sahaja yang layak dipilih untuk menerima Bantuan berjumlah RM1,200 untuk pembelian keperluan asas.

BIL.KUMPULAN PENERIMA
1.Isi Rumah Berkeluarga
2.Ibu / bapa tunggal
3.Bujang 60 tahun ke atas
4.Bujang 21 hingga 59 tahun

TARIKH AGIHAN BANTUAN KEPERLUAN ASAS B40 RM1200 TERBARU 2024

Agihan Bantuan RM1,200 untuk pembelian keperluan asas bagi golongan B40 pada tarikh yang terbaru iaitu bermula pada 1 September 2024 (Ahad) lalu secara ansur sehingga ke penghujung bulan September dan seterusnya pada bulan Oktober.

TEMPOH PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS DENGAN BANTUAN RM1200 2024

Sekiranya mana-mana penerima tidak membeli atau mengetahui tentang status sebagai penerima bantuan yang berjumlah RM1,200, bantuan akan dibawa ke bulan-bulan seterusnya dan hanya boleh digunakkan sebelum tamat tempoh iaitu pada 31 Disember 2024 (Selasa) sahaja.

SENARAI PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS B40 BOLEH DIBELI DENGAN BANTUAN RM1200

Hanya barangan keperluan asas berikut boleh dibeli dengan menggunakan Bantuan Kerajaan :

BIL.BARANGAN KEPERLUANSENARAI
1.Barang DapurBeras, roti, telur, minyak masak,
tepung, biskut, mi segera,
minuman, makanan
dalam tin dan bahan perasa.
2.Produk Kebersihan / KesihatanSabun, shampoo, ubat gigi,
ubat batuk, dan ubat-ubatan lain.
3.Peralatan SekolahAlat tulis, pakaian seragam,
kasut dan sebagainya.

SEMAKAN STATUS BANTUAN PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS B40 RM1200 TERBARU 2024

Ikuti cara semakan status penerima Bantuan Pembelian Keperluan Asas B40 yang terbaru seperti berikut :

  1. Sila layari laman ‘Semakan Status’ Rasmi di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  2. Bahagian semakan akan dipaparkan.
  3. Masukkan nombor MyKad* tanpa (-) contoh : 78XXXXXXXXXX.
  4. Kemudian, tekan butang [Semakan Status] di bawah.
  5. Status penerima terbaru akan dipaparkan.
  6. Seterusnya, tekan butang [Kembali].
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment