CHECK BANTUAN SARA DALAM MYKAD RM50 SEPTEMBER 2024 : SEMAK PENERIMA SEKARANG

CHECK BANTUAN SARA DALAM MYKAD RM50 SEPTEMBER 2024 : SEMAK PENERIMA SEKARANG

Kos sara diri bagi golongan bujang yang belum berkahwin atau yang tiada anak pastinya juga merasa terbeban dengan segala kenaikkan harga barangan yang tidak dapat dikawal. Sejajar dengan itu, Bantuan Sara akan turut diberikan ke dalam MyKad bujang pada bulan September ini.

Bagaimanakah check bantuan sara dalam mykad rm50 September? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK BANTUAN MYSARA RM100 SEPTEMBER : SEMAK STATUS SEKARANG

TARIKH BANTUAN SARA DALAM MYKAD RM50 DISALURKAN SEPTEMBER 2024

Bantuan Sara yang bernilai RM50 akan disalurkan kepada penerima yang layak secara berperingkat bermula pada tarikh 1 September 2024 (Ahad) dan sepanjang dan pada penghujung bulan September ini sehingga ke bulan yang seterusnya.

PROSES BANTUAN SARA DISALURKAN DALAM MYKAD SEPTEMBER 2024

Setelah penerima daripada alamat Semenanjung Malaysia diluluskan dan didaftarkan MySara, akaun akan dibuka berdasarkan MyKad penerima dalam sistem di mana elaun perbelanjaan Sara akan disimpan. Penerima akan menerima elaun bulanan melalui MyKad sebanyak RM50 sebulan.

KEDAI TERPILIH BOLEH MENGGUNAKAN BANTUAN SARA DALAM MYKAD RM50 2024

Penerima yang disahkan layak boleh menggunakan bantuan dalam Mykad di mana-mana 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), Lulu Supermarket, serta pasar raya dan pasar mini bebas yang berhampiran.

KEGUNAAN BANTUAN SARA DALAM MYKAD RM50 SEPTEMBER 2024

Terdapat tiga (3) kegunaan Bantuan Sara dalam Mykad yang boleh digunakan, antaranya ialah :

  1. Boleh digunakan untuk membeli barang keperluan asas :
    • Seperti sabun, shampoo, ubat gigi dan sebagainya.
  2. Boleh digunakan untuk membeli makanan :
    • Seperti roti, biskut, mi segera, minuman dan sebagainya.
  3. Dan boleh digunakan untuk membeli peralatan belajar :
    • Seperti alat tulis, buku, pakaian seragam sekolah, kasut.

PEMILIHAN PENERIMA BANTUAN SARA DALAM MYKAD RM50 SEPTEMBER 2024

Penerima Bantuan Sara dalam MyKad dengan nilai RM50 pada bulan September dipilih mengikut kriteria seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Menetap di negeri-negeri Semenanjung Malaysia;
  • Berumur 21 hingga 59 tahun;
  • Berstatus Bujang belum berkahwin / duda atau janda tiada anak;
  • Pendapatan individu bawah RM2,500 sebulan;
  • Bukan pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah 2024 serta berdaftar di bawah e-Kasih.

CHECK BANTUAN SARA DALAM MYKAD RM50 SEPTEMBER 2024

Ikuti cara check penerima Bantuan Sara Dalam Mykad yang bernilai RM50 bagi bulan September seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi SARA; atau klik pautan ini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  2. Bahagian ‘Check Status’ akan dipaparkan.
  3. Masukkan Nombor MyKad* dengan betul tanpa – (contoh : 790230116789).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima bulan September akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di talian : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900 atau di https://mykasih.com.my/contact-us/.

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

1 thought on “CHECK BANTUAN SARA DALAM MYKAD RM50 SEPTEMBER 2024 : SEMAK PENERIMA SEKARANG”

Leave a Comment