SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD RM900 FASA 3 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD RM900 FASA 3 2024 : CHECK SEKARANG

Bantuan demi bantuan diberikan agar rakyat yang kurang bernasib baik terus mendapat bantuan kewangan yang berterusan dan sewajarnya. Kini adalah penyaluran bantuan tunai bagi fasa yang ketiga (3) pada tahun ini disasarkan kepada golongan miskin dan miskin tegar.

Bagaimanakah semakan status penerima bantuan dalam mykad rm900 fasa 3? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : CARA MEMOHON BANTUAN BARANG DAPUR RM450 : DAFTAR SEKARANG

JENIS BAYARAN BANTUAN DALAM MYKAD RM900 FASA 3 2024

Bayaran Bantuan bukanlah ke dalam Mykad penerima, namun ia dibayar kepada penerima melalui dua (2) jenis bayaran, iaitu :

  1. Dibayar kepada penerima secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN); atau
  2. Dibayar kepada penerima menerusi akaun bank yang didaftarkan.

JUMLAH BAYARAN BANTUAN DALAM MYKAD FASA 3 2024

Jumlah bayaran bantuan adalah tertakluk kepada kelayakan penerima seperti berikut :

  • Kategori Bujang :
KELAYAKAN BUJANGJUMLAH BANTUAN
DIBAYAR
Umur 21 hingga 59 tahunRM300
Umur 60 tahun ke atasRM600
  • Kategori Berkeluarga :
KELAYAKAN BERKELUARGAJUMLAH BANTUAN
DIBAYAR
Berpasangan
(Ada atau tiada anak)
RM600
Ibubapa Tunggal
(Ada anak)
RM600

TARIKH BAYARAN BANTUAN DALAM MYKAD RM900 FASA 3 2024

Pembayaran bantuan tunai ini adalah secara berperingkat mengikut kelayakan bermula pada tarikh 12 Ogos 2024 (Isnin) dan sehingga selesai dibayar kepada lebih 700,000 ribu yang berkelayakan melalui Bank Simpanan Nasional atau lain-lain akaun bank yang didaftarkan.

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD RM900 FASA 3 2024

Bantuan ini adalah terhad kepada yang berkelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 21 tahun dan ke atas;
  • Beralamat atau menetap di Sabah atau Sarawak;
  • Pendapatan di bawah RM2,500 sebulan;
  • Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah bagi tahun 2024.

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD RM900 FASA 3 2024

Ikuti cara semakan status penerima Bantuan yang bernilai RM900 bagi fasa tiga (3) seperti berikut :

  1. Sila layari laman ‘Semakan Status’ rasmi di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  2. Kemudian, halaman ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
  3. Isikan ruangan ‘Nombor MyKad*’ tanpa – (contoh 78XXXXXXXXXX).
  4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  6. Status penerima fasa tiga (3) akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment