CHECK BANTUAN B40 DALAM MYKAD RM1800 TERBARU 2024 : SEMAK SEKARANG
Sumber dana yang diperoleh untuk pemberian bantuan dalam MyKad khusus golongan berpendapatan rendah (B40) adalah daripada pungutan hasil penjimatan subsidi yang disasarkan semula oleh Kerajaan sepanjang tahun ini.
Bagaimanakah check bantuan b40 dalam mykad rm1800 terbaru? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : CHECK PENERIMA BANTUAN MYKAD MADANI RM200 FASA 3 : SEMAK STATUS SEKARANG
KADAR AMAUN BANTUAN B40 DALAM MYKAD TERBARU 2024
Bantuan bukanlah sepenuhnya diberikan sebanyak RM1,800 namun ia diberikan mengikut kelayakan penerima seperti berikut :
KELAYAKAN PENERIMA | KADAR AMAUN BANTUAN DALAM MYKAD |
---|---|
Penerima Berkeluarga (Berpasangan atau tunggal) | RM1,200 setahun |
Penerima Bujang (Belum berkahwin atau Duda/Janda) | RM600 setahun |
TEMPOH PEMBERIAN BANTUAN B40 DALAM MYKAD RM1800 TERBARU 2024
Penerima akan menerima bantuan tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 / RM50 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan (Januari 2024 – Disember 2024) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima untuk membeli barangan keperluan asas.
SENARAI NEGERI PENERIMA BANTUAN B40 DALAM MYKAD RM1800 TERBARU 2024
Hanya penerima yang beralamat di negeri-negeri berikut sahaja layak menerima bantuan dalam Mykad :
- Selangor;
- Putrajaya;
- Kuala Lumpur;
- Pahang;
- Terengganu;
- Kelantan;
- Kedah;
- Pulau Pinang;
- Perak;
- Perlis;
- Negeri Sembilan;
- Melaka;
- Johor.
KEGUNAAN BANTUAN B40 DALAM MYKAD RM1800 TERBARU 2024
Penerima yang layak boleh menggunakan bantuan dalam MyKad untuk membeli :
- Barangan keperluan asas dapur :
- Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, dan bahan perasa.
- Barangan keperluan kebersihan dan kesihatan :
- Produk sabun, shampoo, ubat gigi dan ubat-ubatan.
- Barang kelengkapan sekolah :
- Alat tulis, kasut, pakaian seragam, buku dan lain-lain.
CHECK BANTUAN B40 DALAM MYKAD RM1800 TERBARU 2024
Ikuti cara check penerima Bantuan B40 Dalam MyKad RM1800 yang terbaru seperti berikut :
- Sila layari laman rasmi di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima terbaru akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.