BANTUAN MYKAD RM550 FASA 3 2024 : CHECK STATUS SEKARANG
Pemegang MyKad yang berpendapatan di bawah garis PGK serta berdaftar di bawah data kemiskinan negera akan layak mendapat bantuan tunai oleh kerajaan Madani yang dimasukkan ke dalam MyKad boleh digunakan untuk menampung kos sara hidup untuk seisi keluarga.
Bagaimanakah check status bantuan mykad rm550 fasa 3? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYSARA RM350 FASA 3 : CHECK SEKARANG
TARIKH BANTUAN MYKAD RM550 FASA 3 DISALURKAN
Bantuan tunai yang disalurkan ke dalam MyKad penerima bagi fasa tiga (3) adalah disalurkan secara ansur berperingkat bermula pada 1 Ogos 2024 (Khamis) dan 1 September 2024 (Ahad) mengikut kategori kelayakan seisi keluarga.
TARIKH PENYALURAN | JUMLAH BANTUAN DISALURKAN |
---|---|
1 Ogos 2024 (Khamis) | RM250 |
1 September 2024 (Ahad) | RM250 |
JUMLAH BANTUAN MYKAD FASA 3 2024 DISALURKAN MENGIKUT KELAYAKAN
Setiap keluarga akan menerima bantuan berjumlah RM250 setiap bulan dan untuk dua (2) bulan adalah sebanyak RM500 bagi fasa ketiga. Namun jumlah tersebut akan dibahagikan mengikut kelayakan isi rumah seperti berikut :
KELAYAKAN PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
---|---|
Ketua isi rumah | RM100 + RM100 |
Warga emas | RM100 + RM100 |
Bujang | RM50 + RM50 |
TEMPOH BANTUAN MYKAD RM550 FASA 3 BOLEH DIGUNAKAN
Bantuan dimasukkan ke dalam MyKad bermula pada 1 Ogos 2024 dan 1 September 2024. Walaupun penerima masih belum menggunakannya, ia akan dibawa ke bulan seterusnya dan penerima perlu menggunakannya sebelum pada 31 Disember 2024 ini.
TEMPOH PENGGUNAAN BANTUAN MYKAD FASA 3 |
---|
Sehingga 31 Disember 2024 |
KEGUNAAN BANTUAN MYKAD 2024
Antara kegunaan bantuan dalam MyKad adalah :
- Digunakan untuk membeli barangan dapur;
- Membeli barangan kelengkapan kebersihan dan ubat-ubatan; serta
- Membeli barangan persekolahan anak.
CHECK STATUS BANTUAN MYKAD RM550 FASA 3 2024
Ikuti cara check status Bantuan dalam MyKad bagi fasa tiga (3) seperti berikut :
PAUTAN CHECK STATUS RASMI |
---|
https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus |
- Sila layari pautan rasmi check status di atas.
- Bahagian ‘Check Status’ akan dipaparkan.
- Klik pada ruangan [Nombor MyKad*].
- Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan tersebut.
- Seterusnya, klik pada butang [Check Status].
- Status penerima fasa tiga akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di talian : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.