BANTUAN 600 MYKAD 2024 : SEMAKAN STATUS NAMA PENERIMA SEKARANG

BANTUAN 600 MYKAD 2024 : SEMAKAN STATUS NAMA PENERIMA SEKARANG

Khas untuk individu bujang yang paling terkesan dengan gelumang kos sara hidup. Bantuan yang bernilai RM600 akan disalurkan kepada individu bujang bertujuan untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan yang menjadi teras kepada kerangka Ekonomi MADANI.

Bagaimanakah semakan status bantuan 600 mykad? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN BAKUL MAKANAN MY KASIH : CHECK SEKARANG

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN 600 MYKAD

Bantuan RM600 MyKad adalah terhad kepada yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Bujang; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

TARIKH PENGKREDITAN BANTUAN 600 MYKAD

Pengkreditan Bantuan RM600 adalah secara berperingkat dan berbeza setiap negeri penerima seperti tarikh berikut :

ALAMAT PENERIMATARIKH PENGKREDITAN
Penerima dari Semenanjung
Malaysia
Bermula 22 Januari 2024
Penerima dari Sabah, Sarawak
dan W.P Labuan
Bermula 19 Februari 2024

KAEDAH PENGKREDITAN

Adalah berbeza kaedah pengkreditan mengikut negeri penerima seperti berikut :

ALAMAT PENERIMAKAEDAH PENGKREDITAN
Penerima dari Semenanjung
Malaysia
Dikreditkan ke dalam MyKad
penerima secara automatik setiap
bulan khas untuk pembelian barangan
keperluan asas di mana-mana kedai
yang terpilih dan pembayaran
hanya dengan menggunakan MyKad
sahaja.
Penerima dari Sabah, Sarawak
dan W.P Labuan
Dikreditkan ke dalam akaun bank
atau diberikan secara tunai
di cawangan Bank Simpanan
Nasional (BSN) selama dua kali
setahun sama seperti pemberian
Bantuan STR.

KADAR PENGKREDITAN BANTUAN 600 MYKAD

Pengkreditan Bantuan RM600 akan dikreditkan mengikut kadar yang ditetapkan seperti berikut :

ALAMAT PENERIMAKADAR PENGKREDITAN
Penerima dari Semenanjung
Malaysia
Dikreditkan setiap bulan sebanyak
RM50 selama tempoh 12 bulan.
Penerima dari Sabah, Sarawak
dan W.P Labuan
Dikreditkan dua (2) kali setahun
sebanyak RM300 pada bulan
Februari dan RM300 pada bulan Ogos.

BANTUAN 600 MYKAD 2024

Ikuti cara semakan status Mykad penerima Bantuan RM600 di Portal Rasmi seperti berikut :

PAUTAN SEMAKAN STATUS
https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
  1. Sila klik pada pautan semakan status di atas.
  2. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  3. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Tekan butang [Semak Status].
  6. Status anda akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

4 thoughts on “BANTUAN 600 MYKAD 2024 : SEMAKAN STATUS NAMA PENERIMA SEKARANG”

Leave a Comment