SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKASIH 2024 RM150 SEBULAN : CHECK STATUS SEKARANG
Nama-nama yang berdaftar di bawah pengkalan data e-Kasih sehingga 31 Oktober 2023 pastinya layak dipilih untuk menerima Bantuan MyKasih bagi tahun 2024 ini dan setiap penerima akan menerima bantuan sebulan sekali sehingga ke penghujung Disember 2024.
Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan mykasih 2024? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN BARANG DAPUR DALAM MYKAD RM1800 : SEMAK SEKARANG
KRITERIA PENERIMA BANTUAN MYKASIH 2024 RM150 SEBULAN
Bantuan MyKasih bagi tahun 2024 adalah terhad kepada penerima yang memenuhi kriteria berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Beralamat atau menetap di Semenanjung Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah dan Bujang; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.
KADAR PENERIMAAN BANTUAN MYKASIH 2024
Setiap kategori penerima akan menerima Bantuan MyKasih mengikut kadar kelayakan seperti berikut :
- Kategori Bujang :
KELAYAKAN PENERIMA | KADAR BANTUAN MYKASIH |
---|---|
Bujang (21 hingga 59 tahun) | RM50 sebulan |
Bujang (60 tahun ke atas) | RM100 sebulan |
- Kategori Isi Rumah :
KELAYAKAN PENERIMA | KADAR BANTUAN MYKASIH |
---|---|
Isi Rumah Berpasangan (Ada / Tiada anak) | RM100 sebulan |
Isi Rumah Tunggal (Ada anak) | RM100 sebulan |
CARA PENERIMAAN BANTUAN MYKASIH 2024 RM150 SEBULAN
Penerimaan Bantuan MyKasih bagi tahun 2024 adalah melalui dua (2) cara, iaitu :
- Secara tunai melalui akaun bank penerima atau di kaunter bank;
- Secara tanpa tunai melalui akaun kad pengenalan penerima.
CARA PENERIMAAN | TEMPOH |
---|---|
Melalui Akaun Bank | Dua kali setahun |
Melalui Akaun Kad Pengenalan | Sebulan sekali |
PAUTAN PORTAL RASMI BANTUAN MYKASIH 2024
Berikut merupakan pautan Portal Rasmi Bantuan MyKasih bagi tahun 2024 :
PERKARA | PAUTAN |
---|---|
Portal Rasmi MyKasih | https://mykasih.com.my/ |
SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKASIH 2024 RM150 SEBULAN
Ikuti cara semakan nama penerima Bantuan MyKad seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di atas.
- Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima 2024 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Laman MyKasih : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.