SEMAKAN BANTUAN MYSARA (RM1800 TERBARU 2024)
Terdapat bantuan khas hanya untuk rakyat yang beralamat atau menetap di luar atau dalam bandar di mana-mana negeri seluruh Malaysia sahaja iaitu Bantuan MySara yang disalurkan secara tunai dan tanpa tunai sebagai tambahan.
Bagaimanakah semak bantuan mysara terbaru? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : BERITA SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (FASA 4 BANTUAN STR)
APA ITU BANTUAN MYSARA 2024
Bantuan MySara adalah merupakan sebuah inisiatif bantuan tambahan bagi menyara kehidupan. Bantuan MySara disalurkan untuk membantu rakyat yang kurang bernasib baik di seluruh Malaysia termasuk yang tinggal bandar mahupun luar bandar.
BILAKAH BANTUAN MYSARA 2024 DISALURKAN
Penyaluran Bantuan MySara adalah secara berperingkat mengikut negeri penerima seperti jadual berikut :
NEGERI PENERIMA | TARIKH PENYALURAN |
---|---|
Semenanjung Malaysia (Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak & Perlis) | Setiap bulan bermula Januari hingga Disember 2024 |
Sabah, Sarawak & W.P Labuan | Dua kali setahun pada Februari dan Ogos 2024 |
BERAPAKAH JUMLAH BANTUAN MYSARA 2024 DISALURKAN
Jumlah Bantuan MySara yang disalurkan bernilai antara RM600 hingga ke RM1,200 setahun. Namun, iainya disalurkan mengikut kelayakan penerima seperti berikut :
KATEGORI KELAYAKAN | JUMLAH BANTUAN MYSARA (SETAHUN) | PENERIMA SEMENANJUNG MALAYSIA | PENERIMA SABAH & SARAWAK |
---|---|---|---|
Isi Rumah (Berkeluarga / Tunggal) | RM1,200 | RM100 sebulan | RM600 dua kali |
Warga Emas (Berkeluarga / Tunggal) | RM1,200 | RM100 sebulan | RM600 dua kali |
Bujang (Belum berkahwin / Balu / Duda / Janda Tiada Anak) | RM600 | RM50 sebulan | RM300 dua kali |
BAGAIMANAKAH BANTUAN MYSARA 2024 DISALURKAN
Cara Bantuan MySara disalurkan juga berbeza mengikut negeri penerima, iaitu :
NEGERI PENERIMA | CARA PENYALURAN |
---|---|
Semenanjung Malaysia (Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak & Perlis) | Secara tanpa tunai |
Sabah, Sarawak & W.P Labuan | Secara tunai |
SEMAKAN BANTUAN MYSARA
Ikuti cara semakan Bantuan MySara yang terbaru seperti berikut :
PERKARA | PAUTAN |
---|---|
Portal Rasmi MySara | https://mysara.com.my/ |
- Sila layari pautan Portal Rasmi MySara di atas.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di talian : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.