BANTUAN BARANG DAPUR B40 DALAM MYKAD RM1800 2024 : CHECK SEKARANG

BANTUAN BARANG DAPUR B40 DALAM MYKAD RM1800 2024 : CHECK SEKARANG

Untuk keluarga B40 yang berpendapatan di bawah garis PGK semasa sahaja akan dipilih untuk menerima Bantuan Barang Dapur bernilai sehingga RM1,800 yang dikreditkan ke dalam MyKad setiap ahli keluarga yang layak pada tahun ini.

Bagaimanakah check bantuan barang dapur b40 dalam mykad rm1800? Ketahui penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN EKASIH RM150 FASA 3 : CHECK STATUS SEKARANG

CARA MENERIMA BANTUAN BARANG DAPUR B40 DALAM MYKAD RM1800 2024

Penerima tidak akan menerima barangan dapur, namun penerima akan menerima tunai dalam MyKad dan perlu membuat pembelian barang dapur di mana-mana 600 kedai yang tersenarai berhampiran dengan kediaman penerima.

PROSES BANTUAN BARANG DAPUR B40 DALAM MYKAD 2024

Berikut merupakan proses untuk menerima Bantuan Barang Dapur B40 dalam MyKad :

  1. Permohonan dihantar;
  2. Disahkan lulus (sekiranya layak);
  3. Akaun dibuka berdasarkan MyKad;
  4. Bantuan akan dimasukkan ke dalam MyKad;
  5. Pembelian barang dapur boleh terus dibuat.

BANTUAN BARANG DAPUR B40 DALAM MYKAD 2024

Penerima boleh membeli barangan asas dapur daripada 10 kategori produk yang diluluskan iaitu beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, dan bahan perasa dari pelbagai jenama.

TEMPOH PEMBELIAN BARANG DAPUR B40 DALAM MYKAD 2024

Walaupun tempoh diberikan selama 12 bulan, penerima harus menghabiskan baki bantuan yang belum digunakan untuk pembelian barang dapur dalam MyKad pada bulan-bulan seterusnya sebelum pada 31 Disember 2024 (Selasa).

JUMLAH BANTUAN BARANG DAPUR B40 DALAM MYKAD

Bantuan Barang Dapur yang dikreditkan ke dalam MyKad penerima adalah mengikut jumlah berikut :

  • Ketua Keluarga (Bapa / ibu tunggal) : RM1,200 setahun.
  • Ahli Keluarga (Anak Bujang) : RM600 setahun.

CHECK BANTUAN BARANG DAPUR B40 DALAM MYKAD RM1800 2024

Ikuti cara check Bantuan Barang Dapur B40 dalam MyKad seperti berikut :

  1. Sila layari pautan check status di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  2. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  4. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900.

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

2 thoughts on “BANTUAN BARANG DAPUR B40 DALAM MYKAD RM1800 2024 : CHECK SEKARANG”

  1. Suami saya 0KU umur 65 warga emas tiada sumber pendapatan tidak dapat socso Dan tidak dapat bantuan kebajikan Masyarakat – mohon bantuan barangan dapur..
    Saya penjaga /iteri nye juga warga emas umur 60 juga tiada sumber pendapatan

    Reply

Leave a Comment