BANTUAN MUSIM TENGKUJUH 2024 : SEMAK SEKARANG

BANTUAN MUSIM TENGKUJUH 2024 : SEMAK SEKARANG

Musim Tengkujuh bakal tiba dan pastinya rakyat yang berada di kawasan terlibat perlu membuat persiapan bekalan yang mengcukupi. Oleh itu, Bantuan Musim Tengkujuh diwujudkan khusus untuk membantu rakyat yang terjejas pendapatan.

Bagaimanakah semak bantuan musim tengkujuh? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK BANTUAN EKASIH DALAM MYKAD RM150 SETIAP BULAN : SEMAK STATUS SEKARANG

PENGENALAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH

Bantuan Musim Tengkujuh telah diperkenalkan oleh RISDA yang bertujuan untuk membantu rakyat yang memiliki kebun getah atau tanaman lain berdaftar di bawah RISDA yang berada di kawasan terjejas pada musim tengkujuh.

JUMLAH BANTUAN MUSIM TENGKUJUH 2024

Pada tahun lalu, Bantuan Musim Tengkujuh hanya diberikan kepada penerima yang layak berjumlah RM600 sahaja. Namun peruntukan untuk Bantuan Musim Tengkujuh pada tahun ini telah dinaikkan sehingga RM800 untuk setiap individu yang layak.

KAEDAH PENERIMAAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH

Setiap penerima yang layak akan menerima Bantuan Musim Tengkujuh secara ansur berperingkat melalui proses transaksi atas talian atau Elektronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank yang aktif mengikut nombor akaun yang telah didaftarkan oleh penerima.

TARIKH PENERIMAAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH

Penerimaan Bantuan Musim Tengkujuh adalah secara berperingkat mengikut tarikh yang ditetapkan seperti berikut :

  • November / Disember : RM400;
  • Januari : RM200;
  • Februari : RM200.

SEMAKAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH

Ikuti cara semakan Bantuan Musim Tengkujuh di pautan seperti berikut :

  1. Sila layari pautan semakan rasmi di sini : https://pekebunkecil.risda.gov.my/utama.
  2. Halaman utama akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [Log Masuk].
  4. Masukkan nombor kad pengenalan / ID.
  5. Kemudian, masukkan kata laluan yang didaftarkan dengan betul.
  6. Klik pula pada butang [Log Masuk] di bawah.
  7. Bahagian maklumat pengguna akan dipaparkan.
  8. Seterusnya, klik pada [Semakan Status Permohonan].
  9. Status penerima yang layak akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi RISDA. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi hotline BMT RISDA melalui nombor di bawah :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://pekebunkecil.risda.gov.my/permohonan-bmt.

Leave a Comment