BANTUAN SARA HIDUP (SEMAKAN STATUS 2024)

BANTUAN SARA HIDUP (SEMAKAN STATUS 2024)

Kerajaan berharap dengan Bantuan Sara Hidup yang diberikan ini dapat membantu meningkatkan dayatahan kewangan sekaligus dapat meringankan bebanan kos sara hidup yang dihadapi rakyat berpendapatan rendah.

Bagaimanakah semakan status bantuan sara? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN MUSIM TENGKUJUH : SEMAK SEKARANG

JADUAL PENYALURAN BANTUAN SARA 2024

Berikut merupakan jadual penyaluran yang terbaru bagi tahun 2024 :

NEGERI PENERIMATARIKH PENYALURAN
Kedah, Pulau Pinang, Selangor,
Kuala Lumpur dan Putrajaya,
Negeri Sembilan, Kelantan
dan Terengganu
Bermula 22/01/2024
Sehingga 01/12/2024
Perlis, Perak, Pahang,
Melaka dan Johor
Bermula 29/01/2024
Sehingga 01/12/2024
Sabah, Sarawak dan LabuanBermula 19/02/2024
Sehingga 12/08/2024

KADAR PENYALURAN BANTUAN SARA 2024

Kadar Bantuan Sara yang disalurkan bagi tahun ini adalah antara RM150 hingga RM1,200 (tertakluk kepada kelayakan penerima) :

KELAYAKAN /
KATEGORI
PENERIMA
MISKIN
(RM)
MISKIN
TEGAR
(RM)
BUKAN
MISKIN
(RM)
ISI RUMAH1,2001,200300
WARGA EMAS1,2001,200150
BUJANG600600150

CARA BANTUAN SARA DISALURKAN 2024

Terdapat tiga (3) cara Bantuan Sara disalurkan, iaitu melalui :

BIL.CARA PENYALURAN
1.Pengkreditan tunai ke dalam akaun bank penerima
2.Secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional
3.Secara tanpa tunai ke dalam akaun kad pintar penerima

SEMAKAN STATUS BANTUAN SARA HIDUP 2024

Ikuti cara semakan status di pautan rasmi seperti berikut :

PERKARAPAUTAN
Laman Semak Status Rasmi
Bantuan Sara Hidup
https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
  1. Sila klik pada pautan laman ‘Semak Status’ rasmi di atas.
  2. Bahagian semak status akan dipaparkan.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad*].
  4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  6. Status penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Bantuan Sara Hidup. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di talian : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900.

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment