BANTUAN SURI RUMAH RM480 (SEMAK PENERIMA 2024)

BANTUAN SURI RUMAH RM480 (SEMAK PENERIMA 2024)

Peranan sebagai suri rumah tentunya tidak mudah bagi seorang wanita terutamanya balu atau ibu tunggal untuk menguruskan rumah tangga dan kewangan. Oleh itu, Kerajaan mewujudkan sebuah inisiatif khas untuk membantu suri rumah iaitu Bantuan Suri Rumah yang bernilai sehingga RM480.

Bagaimanakah semakan penerima bantuan suri rumah? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN SARA HIDUP (SEMAKAN STATUS)

TUJUAN BANTUAN SURI RUMAH DIBERIKAN

Tujuan utama Bantuan Suri Rumah ini diberikan adalah bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta untuk mengiktiraf sumbangan suri rumah kepada ahli keluarga yang sekaligus menyumbang kepada pembangunan negera.

JUMLAH PEMBERIAN BANTUAN SURI RUMAH

Kerajaan akan memberikan Bantuan Suri Rumah berjumlah sebanyak RM480 setahun khas kepada suri rumah yang tidak bekerja atau balu atau ibu tunggal serta memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk menerimanya.

TARIKH PEMBERIAN BANTUAN SURI RUMAH

Pemberian Bantuan Suri Rumah adalah secara berperingkat sebanyak dua (2) kali setahun iaitu bagi tempoh Januari sehingga Jun dan Julai sehingga Disember dan tarikh adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.

CARA PEMBERIAN BANTUAN SURI RUMAH

Bantuan Suri Rumah bukanlah diberikan secara tunai atau pengkreditkan ke dalam akaun bank. Namun, kerajaan akan mengkreditkan Bantuan Suri Rumah sebanyak RM480 melalui akaun KWSP yang telah didaftarkan penerima.

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SURI RUMAH

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan penerima Bantuan Suri Rumah :

  • Warganegara Malaysia;
  • Isteri kepada ketua isi rumah miskin; atau
  • Balu, bercerai atau bujang;
  • Berdaftar dalam Pengkalan Data Kemiskinan Negera (e-Kasih);
  • Belum mencapai umur 60 tahun; serta
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun.

SEMAKAN PENERIMA BANTUAN SURI RUMAH RM480 2024

Ikuti cara semakan penerima Bantuan Suri Rumah di portal rasmi berikut :

  1. Sila layari pautan rasmi; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
  2. Kemudian, klik pada e-Kasih [Semakan Pendaftaran].
  3. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
  4. Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
  5. Status penerima akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi i-Suri KWSP. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di sini : https://www.kwsp.gov.my/ms/korporat/hubungi-kami.

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.kwsp.gov.my/ms/ahli/simpanan/i-suri.

Leave a Comment