CARA MOHON BANTUAN BARANG DAPUR B40 RM450 SETIAP BULAN 2024 : DAFTAR SEKARANG

CARA MOHON BANTUAN BARANG DAPUR B40 RM450 SETIAP BULAN 2024 : DAFTAR SEKARANG

Bukan sahaja kumpulan B40 sahaja yang layak memohon Bantuan Barang Dapur yang bernilai sehingg RM450 setiap bulan, malah kumpulan M40 juga boleh memohon sekiranya menepati kriteria dan syarat kelayakan yang ditetapkan.

Bagaimanakah cara mohon bantuan barang dapur b40 rm450 setiap bulan? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK BANTUAN TUNAI DALAM MYKAD RM450 : SEMAK STATUS SEKARANG

PENGENALAN BANTUAN BARANG DAPUR B40 RM450 SETIAP BULAN 2024

Bantuan Barang Dapur ini adalah di bawah dua bantuan yang berbeza disalurkan oleh kerajaan persekutuan dan juga kerajaan negeri. Namun, kedua-duanya disalurkan untuk menampung kos perbelanjaan barang dapur rakyat yang kurang kemampuan.

KAEDAH PENYALURAN BANTUAN BARANG DAPUR B40 2024

Kaedah penyaluran kedua-dua Bantuan Barang Dapur adalah secara tanpa tunai melalui akaun Kad Pintar dan juga akaun e-Wallet. Kedua-duanya disalurkan dengan kaedah begitu adalah bagi memudahkan penerima untuk membuat pembelian tanpa tunai (cashless).

PENYALUR BANTUANKAEDAH PENYALURAN
Kerajaan PersekutuanTanpa tunai ke dalam akaun kad pintar (IC)
Kerajaan NegeriTanpa tunai ke dalam akaun e-Wallet

JUMLAH BANTUAN BARANG DAPUR B40 2024 DISALURKAN

Tidak semua penerima akan menerima bantuan berjumlah RM450 setiap bulan, namun ia akan dibahagikan mengikut kelayakan setiap kategori penerima di bawah bantuan kerajaan persekutuan dan juga di bawah bantuan kerajaan negeri.

JENIS PENERIMAJUMLAH BANTUAN
DISALURKAN
Penerima bantuan Kerajaan PersekutuanRM100 + RM50
Penerima bantuan Kerajaan NegeriRM300
*Nota : Sekiranya penerima layak menerima kedua-dua bantuan, keseluruhannya adalah sebanyak RM450.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN BARANG DAPUR B40 2024

Pastinya syarat-syarat kelayakan untuk penerima Bantuan Barang Dapur juga sedikit berlainan bagi bantuan di bawah Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Antara syarat-syarat kelayakan adalah :

  • Kelayakan Penerima Bantuan Barang Dapur (Kerajaan Persekutuan) :
    • Warganegara Malaysia;
    • Beralamat atau menetap di Semenanjung Malaysia;
    • Pendapatan bawah RM2,500 sebulan;
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas; dan
    • Berdaftar di bawah pengkalan data e-Kasih.
  • Kelayakan Penerima Bantuan Barang Dapur (Kerajaan Negeri) :
    • Warganegara Malaysia;
    • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
    • Pemilih berdaftar di Negeri Selangor
    • Keluarga yang mempunyai tanggungan minimum dua (2) orang berusia 18 tahun ke bawah
    • Pendapatan isi rumah di bawah RM5,000.00 sebulan.

TARIKH MOHON BANTUAN BARANG DAPUR B40 2024

Bantuan Barang Dapur di bawah Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri mempunyai tarikh untuk permohonan yang berbeza dan permohonan perlulah dilakukan mengikut tarikh yang telah ditetapkan seperti berikut :

PENYALUR BANTUANTARIKH PERMOHONAN
Kerajaan PersekutuanBermula 1 Julai 2024
sehingga 30 September 2024
Kerajaan NegeriBermula 5 Julai 2024
Sehingga 15 Ogos 2024

CARA MOHON BANTUAN BARANG DAPUR B40 RM450 SETIAP BULAN 2024

Ikuti panduan cara mohon Bantuan Barang Dapur di dua (2) portal yang berbeza seperti berikut :

PORTAL RASMI 1PORTAL RASMI 2
https://bantuantunai.hasil.gov.my/https://www.bingkasselangor.com/
  • Mohon Bantuan Barang Dapur (Portal Rasmi 1) :
    1. Sila klik pada pautan Portal Rasmi 1 di atas.
    2. Bahagian utama portal akan dipaparkan.
    3. Kemudian, klik butang [Permohonan Baharu].
    4. Lengkapkan Maklumat Pemohon.
    5. Klik butang [TERUSKAN] setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
    6. Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang [Sahkan Captcha].
    7. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan adalah tepat dan sila tick [/] butang berikut.
    8. Klik butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
    9. Setelah permohonan berjaya dihantar, anda akan dipaparkan ‘Permohonan telah berjaya dihantar’.
    10. Selesai.
  • Mohon Bantuan Barang Dapur (Portal Rasmi 2) :
    1. Sila klik pada pautan Portal Rasmi 2 di atas.
    2. Pada halaman utama, sila klik pada [Daftar Sekarang].
    3. Kemudian, klik pada butang [Daftar Akaun Selangkah Baru] di bawah.
    4. Masukkan nombor telefon mengikut format, contoh : 0123456789.
    5. Klik butang [Teruskan].
    6. Isikan segala butiran peribadi yang diperlukan dengan betul.
    7. Seterusnya, klik pada butang [Daftar].
    8. Setelah pendaftaran berjaya, sila [Log Masuk] mengikut akaun yang didaftarkan.
    9. Kemudian, tekan butang [Buat Permohonan].
    10. Masukkan segala maklumat peribadi yang diperlukan dan tekan butang [Hantar].
    11. Pada bahagian butiran anak, sila klik [Tambah Anak] untuk mengisi maklumat tentang anak dan tekan [Hantar].
    12. Tandakan pada kotak yang berkenaan dan tekan butang [Hantar].
    13. Klik [Choose File] untuk memuat naik dokumen yang diperlukan (mengikut format jpeg. dan pdf) dan tekan [Hantar].
    14. Tandakan pada kotak persetujuan [/].
    15. Seterusnya, klik butang [Hantar].
    16. ‘Permohonan telah berjaya’.
    17. Anda perlu mengaktifkan akaun Selangkah e-Wallet.
    18. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih & BINGKAS. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Talian MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
  • Talian Bingkas : 1-800-22-6600

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/ & https://www.bingkasselangor.com/soalan-lazim.

Leave a Comment