SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM100 OKTOBER 2024 : CHECK SEKARANG
Bermula pada 1 Oktober 2024 Selasa (hari ini), seramai lebih 0.7 juta nama-nama penerima yang disahkan layak akan mula menerima bantuan tunai yang dikreditkan ke dalam MyKad dan boleh terus digunakan di mana-mana kedai berhampiran.
Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan mykad rm100 bulan oktober? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : BANTUAN EWALLET MADANI B40 RM150 TERBARU : SEMAK STATUS SEKARANG
TARIKH PENGKREDITAN BANTUAN MYKAD RM100 OKTOBER 2024
Seperti yang telah dijadualkan oleh Kementerian Kewangan (MOF), Bantuan tunai akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima pada sepanjang bulan Oktober ini adalah bermula pada 1 Oktober 2024 (Selasa) dan secara berperingkat sehingga ke penghujung bulan.
TARIKH KREDIT BANTUAN MYKAD RM100 |
---|
1 Oktober 2024 (Selasa) |
KEGUNAAN BANTUAN MYKAD RM100 BULAN OKTOBER 2024
Antara kegunaan Bantuan yang dikreditkan ke dalam MyKad pada bulan Oktober adalah :
- Digunakan untuk membeli barang dapur;
- Juga digunakan untuk membeli barang keperluan diri;
- Untuk membeli ubat-ubatan; atau
- Untuk membeli barangan kelengkapan sekolah anak.
SENARAI KEDAI MENERIMA PENGGUNAAN BANTUAN MYKAD RM100
Penerima yang disahkan layak boleh menggunakan bantuan dalam Mykad di mana-mana 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk :
- Mydin.
- Giant.
- Econsave.
- The Store.
- Pacific.
- Milimewa.
- TF Mart.
- 99 Speedmart.
- Lotus Stores (Tesco).
- Lulu Supermarket.
- Serta pasar raya dan pasar mini bebas yang berhampiran.
SEKIRANYA BANTUAN MYKAD RM100 BULAN OKTOBER TIDAK DIGUNAKAN
Bagi penerima yang tidak menggunakan bantuan dalam MyKad yang dikreditkan pada bulan Oktober ini, bantuan akan dibawa ke bulan seterusnya dan perlu dihabiskan sebelum pada 31 Disember 2024 (Selasa) dan sekiranya tidak digunakan, ia akan diluputkan secara automatik.
KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKAD RM100 OKTOBER 2024
Bantuan MyKad yang bernilai RM100 dikreditkan pada bulan Oktober ini adalah khas kepada penerima yang memenuhi kriteria kelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Beralamat atau menetap di Semenanjung Malaysia;
- Berkeluarga atau ibubapa tunggal (mempunyai anak);
- Pendapatan tidak melebihi RM2,500 sebulan;
- Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah 2024; serta
- Tersenarai di bawah pengkalan data e-Kasih.
SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM100 OKTOBER 2024
Untuk mengetahui nama penerima yang layak menerima Bantuan MyKad pada bulan Oktober ini, semakan boleh dibuat pada pautan seperti berikut :
- Sila layari laman rasmi di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama, sila layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [SEMAK].
- Masukkan Nombor MyKad dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima bulan Oktober akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.
Bantuan 100 my kad