SEMAKAN STATUS BANTUAN BARANG DAPUR B40 RM550 FASA 3 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN STATUS BANTUAN BARANG DAPUR B40 RM550 FASA 3 2024 : CHECK SEKARANG

Kumpulan B40 adalah merupakan 40 peratus (%) daripada rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan rendah layak untuk mendapatkan Bantuan Barang Dapur bagi fasa ketiga (3) menerusi peruntukan belanjawan 2024 yang berjumlah lebih RM700 juta.

Bagaimanakah semakan status bantuan barang dapur b40 rm550 fasa 3? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN TUNAI MYSARA FASA 3 : CHECK SEKARANG

APAKAH TUJUAN PEMBERIAN BANTUAN BARANG DAPUR B40 2024

Tujuan pemberian Bantuan Barang Dapur kepada golongan B40 adalah untuk membantu menampung kos perbelanjaan pemberlian barangan dapur serta sekaligus dapat mengurangkan bebanan kos sara hidup untuk seisi keluarga oleh kenaikan harga sesetengah barangan.

BAGAIMANAKAH KAEDAH PEMBERIAN BANTUAN BARANG DAPUR B40 RM550 FASA 3 2024

Kaedah pemberian Bantuan Barang Dapur bukanlah diberikan secara dalam bentuk fizikal kepada penerima, namun bantuan ini akan diberikan secara pengkreditan tunai untuk penerima berbelanja mengikut barangan dapur yang ingin dibeli atau diperlukan.

BIL.KAEDAH PEMBERIAN BANTUAN
BARANG DAPUR B40 2024
1.Pengkreditan ke dalam akaun kad pintar (IC)
2.Pengkreditan ke dalam akaun e-Wallet
*Nota : Penerima perlu membuat pembelian barang dapur secara tanpa tunai dengan sentuhan kad IC atau kod QR bagi akaun e-Wallet.

BILAKAH BANTUAN BARANG DAPUR B40 FASA 3 2024 DIBERIKAN

Bantuan Barang Dapur bagi fasa ketiga (3) akan dikreditkan secara berperingkat kepada penerima bermula pada 1 Oktober 2024 bagi pengkreditan ke dalam akaun kad IC dan 5 Oktober 2024 bagi pengkreditan ke dalam akaun e-Wallet.

TARIKH PENGKREDITANMELALUI
Bermula 1 Oktober 2024 (Selasa)Kredit ke dalam akaun Kad IC
Bermula 5 Oktober 2024 (Sabtu)
sehingga 15 Oktober 2024 (Selasa)
Kredit ke dalam akaun e-Wallet.

BERAPAKAH AMAUN BANTUAN BARANG DAPUR B40 FASA 3 2024 DIBERIKAN SETIAP PENERIMA

Amaun Bantuan Barang Dapur bagi fasa ketiga (3) adalah dikreditkan antara RM50 sehingga RM300 mengikut kategori setiap penerima yang telah ditetapkan dan melalui kaedah pengkreditan yang berbeza seperti berikut :

AMAUN BANTUAN
BARANG DAPUR 2024
KAEDAH PENGKREDITAN
ISI RUMAH : RM100.
WARGA EMAS : RM100.
BUJANG : RM50.
Melalui akaun Kad IC
ISI RUMAH : RM300.
WARGA EMAS : RM300.
Melalui akaun e-Wallet

SEMAKAN STATUS BANTUAN BARANG DAPUR B40 RM550 FASA 3 2024

Berikut merupakan cara semakan status penerima Bantuan Barang Dapur di dua (2) pautan yang berbeza :

  • Pautan Semakan Status 1 : https://www.bingkasselangor.com/log-masuk.
    1. Sila klik pada pautan di atas.
    2. Masukkan nombor telefon tanpa (-) contoh : 0123456789.
    3. Kemudian, Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan dengan betul.
    4. Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
    5. Klik pada butang [Semakan Status].
    6. Status penerima akan dipaparkan.
    7. Selesai.
  • Pautan Semakan Status 2 : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
    1. Sila klik pada pautan di atas.
    2. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 830230115678.
    3. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
    4. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
    5. Status penerima akan dipaparkan.
    6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS & SARA. Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, pihak tuan / puan boleh menghubungi Talian hotline BINGKAS : 1-800-22-6600. Talian hotline SARA : (603) 7720 1800.

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.bingkasselangor.com/soalan-lazim & https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment