SEMAKAN STATUS BANTUAN MYKAD RM1200 2024 : CHECK PENERIMA SEKARANG

SEMAKAN STATUS BANTUAN MYKAD RM1200 2024 : CHECK PENERIMA SEKARANG

Setiap isi rumah yang berpendapatan di bawah garis PGK serta memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan akan menerima bantuan tunai dalam MyKad sepanjang tahun ini dengan kadar tunai sebanyak RM1,200 seisi rumah.

Bagaimanakah semakan status bantuan mykad rm1200? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN KELAYAKAN PERALIHAN LESEN B PENUH : CHECK STATUS SEKARANG

KAEDAH PELAKSANAAN BANTUAN MYKAD RM1200 2024

Bantuan MyKad yang bernilai RM1,200 dilaksanakan oleh Kerajaan adalah dengan kaedah elaun ansuran setiap bulan tanpa tunai iaitu setiap isi rumah yang layak akan menerima bantuan tanpa tunai dalam MyKad secara ansur setiap bulan sebanyak RM100 selama 12 bulan.

JUMLAH BANTUANTEMPOH PELAKSANAAN
RM100Sebulan
RM1,200Setahun

TARIKH PELAKSANAAN BANTUAN MYKAD RM1200 2024

Pelaksanaan Bantuan MyKad bernilai RM1,200 adalah berdasarkan tarikh yang telah ditetapkan untuk setiap penerima mengikut negeri bermula pada 22 Januari dan 29 Januari sehingga ke akhir tahun ini iaitu bulan Disember 2024.

NEGERI PENERIMATARIKH PELAKSANAAN
Kedah, Pulau Pinang, Selangor,
Kuala Lumpur dan Putrajaya,
Negeri Sembilan, Kelantan
dan Terengganu
Bermula 22 Januari 2024
sehingga 1 Disember 2024
Perlis, Perak, Pahang,
Melaka dan Johor
Bermula 29 Januari 2024
sehingga 1 Disember 2024
*Setiap bulan dikreditkan adalah pada setiap 1 hari bulan bagi semua negeri.

BILANGAN PENERIMA BANTUAN MYKAD RM1200 2024

Penerima Bantuan MyKad yang bernilai RM1,200 adalah terhad kepada hanya 700,000 ribu rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan di bawah garis PGK semasa sahaja yang terbahagi kepada dua (2) golongan iaitu Miskin dan Miskin Tegar.

GOLONGAN KELAYAKANBILANGAN PENERIMA
Miskin500,000
Miskin Tegar210,000

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKAD RM1200 2024

Antara syarat kelayakan penerima Bantuan MyKad yang ditetapkan adalah :

  • Warganegara Malaysia;
  • Isi rumah berpasangan atau tunggal;
  • Mempunyai anak atau tanggungan berumur bawah 18 tahun;
  • Pendapatan isi rumah di bawah garis PGK semasa;
  • Merupakan penerima Bantuan Tunai Rahmah 2024; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

SEMAKAN STATUS BANTUAN MYKAD RM1200 2024

Untuk mengetahui status kelayakan penerima Bantuan MyKad, sila ikuti cara semakan status seperti berikut :

PERKARAPAUTAN
Laman Semakan Status
Rasmi
https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
  1. Sila layari pautan Laman Semakan Status Rasmi di atas.
  2. Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKASIH. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment