CHECK BANTUAN EKASIH RM150 SETIAP BULAN 2024 : SEMAK SEKARANG
Ketua isi rumah yang tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) akan layak untuk mendapatkan bantuan RM150 setiap bulan.
Bagaimanakah check bantuan ekasih rm150 setiap bulan? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN STATUS BANTUAN MYKAD RM1200 : CHECK PENERIMA SEKARANG
HAD BANTUAN EKASIH SETIAP BULAN 2024
Berikut merupakan had amaun Bantuan eKasih yang diberikan kepada penerima :
- Ketua Isi Rumah (KIR) : RM100 setiap bulan.
- Ahli Isi Rumah (AIR) : RM50 setiap bulan.
JADUAL PENYALURAN BANTUAN EKASIH RM150 SETIAP BULAN 2024
Penyaluran Bantuan eKasih adalah mengikut jadual yang terbaru berikut :
BIL. | TARIKH PENYALURAN | AMAUN BANTUAN |
---|---|---|
1. | 01.10.2024 | RM100 + RM50 |
2. | 01.11.2024 | RM100 + RM50 |
3. | 01.12.2024 | RM100 + RM50 |
KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN EKASIH RM150 SETIAP BULAN 2024
Penerima haruskan menepati kriteria kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
CHECK BANTUAN EKASIH RM150 SETIAP BULAN 2024
Ikuti cara semakan Bantuan eKasih di pautan rasmi seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi e-Kasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
- Kemudian, klik pada e-Kasih [Semakan Pendaftaran].
- Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
- Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi eKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Bantuan : 603 8000 8000
- Laman Pertanyaan e-Kasih : https://www.malaysia.gov.my/portal/contact.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.