SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN EKASIH FASA 1 2024 : CHECK STATUS SEKARANG
Pemberian bantuan eKasih adalah sebagai bantuan subsidi bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan gelumang kos sara hidup. Hal ini demikian kerana, Kerajaan akan menyasar semula subsidi dan lebihan daripada penjimat subsidi tersebut akan disalurkan bantuan kepada rakyat yang berpendapatan rendah.
Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan ekasih fasa 1? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAK BANTUAN RM100 MYKAD : CHECK SEKARANG
TARIKH BAYARAN BANTUAN EKASIH FASA 1 2024
Kerajaan telah mengumumkan tarikh bayaran Bantuan eKasih fasa 1 bagi tahun 2024 mengikut alamat penerima seperti berikut :
ALAMAT PENERIMA | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Penerima beralamat di Semenanjung Malaysia | 22 Januari 2024 (Isnin) |
Penerima beralamat di Sabah, Sarawak dan W.P Labuan | 19 Februari 2024 (Isnin) |
JUMLAH BAYARAN BANTUAN EKASIH FASA 1 2024
Pembayaran Bantuan eKasih fasa 1 adalah mengikut alamat dan kategori kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :
ALAMAT PENERIMA | JUMLAH BAYARAN |
---|---|
Penerima beralamat di Semenanjung Malaysia | Kategori Isi Rumah : RM100 Kategori Warga Emas : RM100 Kategori Bujang : RM50 |
Penerima beralamat di Sabah, Sarawak dan W.P Labuan | Kategori Isi Rumah : RM600 Kategori Warga Emas : RM600 Kategori Bujang : RM300 |
JUMLAH PENERIMA BANTUAN EKASIH FASA 1 2024
Berikut merupakan anggaran penerima Bantuan eKasih bagi fasa 1 2024 seperti di bawah :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH PENERIMA |
---|---|
Kategori bertatus Miskin Tegar : Isi Rumah, Warga Emas, dan Bujang | 0.2 juta penerima |
Kategori bertatus Miskin eKasih : Isi Rumah, Warga Emas, dan Bujang | 0.5 juta penerima |
SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN EKASIH FASA 1 2024
Untuk semakan, boleh disemak melalui Portal Rasmi MyKasih atau Portal Rasmi MySTR LHDNM seperti berikut :
PORTAL RASMI MYKASIH | PORTAL RASMI MySTR LHDNM |
---|---|
https://mykasih.com.my/ | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
- Sila pilih salah satu (1) Portal Rasmi di atas yang anda ingin gunakan untuk semakan.
- Sekiranya anda memilih Portal Rasmi MyKasih, klik pada pautan di atas.
- Anda akan dibawa ke halaman utama Portal MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
- Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Tekan butang [Semak Status].
- Status anda akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Email : [email protected]
- Website : https://www.mykasih.com.my/contact-us/.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.