SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SARA HIDUP FASA 1 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SARA HIDUP FASA 1 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

Penyaluran Bantuan Sara Hidup menyasarkan untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan yang menjadi teras kepada kerangka Ekonomi MADANI. Oleh kerana, kos sara hidup yang semakin tinggi, Kerajaan bersetuju untuk memberi peruntukan bantuan sara hidup kepada rakyat.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan sara hidup fasa 1? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN PENERIMA BANTUAN MYKAD : CHECK SEKARANG

PENGENALAN BANTUAN SARA HIDUP

Bantuan Sara Hidup yang disalurkan secara tunai ialah Sumbangan Tunai Rahmah dan Sumbangan Asas Rahmah. Pemberian bantuan ini adalah secara berfasa dan berperingkat. Kerajaan menyasarkan hampir atau lebih 60% daripada penduduk dewasa Malaysia akan menerima manfaat bantuan ini.

KAEDAH BAYARAN BANTUAN SARA HIDUP

Pembayaran Bantuan Sara Hidup adalah berbeza seperti jadual berikut :

JENIS BANTUANKAEDAH BAYARAN
Sumbangan Tunai Rahmah
(STR)
Dikreditkan ke dalam akaun
bank penerima / diberi secara
tunai di cawangan Bank Simpanan
Nasional (BSN)
Sumbangan Asas Rahmah
(SARA)
Dikreditkan ke dalam MyKad
penerima / diberi secara
tunai di cawangan Bank Simpanan
Nasional (BSN)

TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA HIDUP FASA 1 2024

Bantuan Sara Hidup bagi fasa 1 2024 telahpun diumumkan seperti tarikh berikut :

JENIS BANTUANTARIKH BAYARAN
FASA 1
Sumbangan Tunai Rahmah
(STR)
29 Januari – 2 Feberuari 2024
Sumbangan Asas Rahmah
(SARA)
22 Januari 2024 dan
19 Februari 2024

JUMLAH BANTUAN SARA HIDUP FASA 1 2024

Pemberian Bantuan Sara Hidup fasa 1 adalah berbeza bagi setiap kategori seperti berikut :

  • KATEGORI ISI RUMAH PENDAPATAN RM2,500 KE BAWAH :
BANTUANJUMLAH
Sumbangan Tunai RahmahRM500
Sumbangan Asas Rahmah
(Penerima kategori Miskin tegar / miskin
yang berdaftar di bawah
eKasih)
+RM100
Jumlah=RM600
  • KATEGORI ISI RUMAH PENDAPATAN RM2,501 HINGGA RM5,000 :
BANTUANJUMLAH
Sumbangan Tunai Rahmah-RM100 (tiada anak)
-RM150 (1-2 anak)
-RM250 (3-4 anak)
-RM300 (5 ke atas)
Sumbangan Asas Rahmah
(Penerima kategori Miskin tegar / miskin
yang berdaftar di bawah
eKasih)
+RM100
Jumlah=RM200 (tiada anak)
=RM250 (1-2 anak)
=RM350 (3-4 anak)
=RM400 (5 ke atas)
  • KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN :
BANTUANJUMLAH
Sumbangan Tunai RahmahRM150
Sumbangan Asas Rahmah
(Penerima kategori Miskin tegar / miskin
yang berdaftar di bawah
eKasih)
+RM100
Jumlah=RM250
  • KATEGORI BUJANG PENDAPATAN RM2,500 KE BAWAH :
BANTUANJUMLAH
Sumbangan Tunai RahmahRM100
Sumbangan Asas Rahmah
(Penerima kategori Miskin tegar / miskin
yang berdaftar di bawah
eKasih)
+RM50
Jumlah=RM150

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SARA HIDUP FASA 1 2024

Untuk semakan Bantuan Sara Hidup fasa 1 boleh disemak melalui Portal Rasmi MySTR LHDNM seperti berikut :

PAUTAN PORTAL RASMI MySTR LHDNM
https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  1. Sila klik pada pautan Portal Rasmi MySTR LHDNM di atas.
  2. Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan MySTR tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status pemohon akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR dan MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila hubungi pihak berwajib seperti berikut :

  • Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747
  • Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566
  • Hubungi MyKasih: 03-7720 1800 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang).

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/ dan https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Risalah/Risalah%20STR%202024.pdf.

Leave a Comment