BORANG PERMOHONAN MYKASIH 2024 : MOHON SEKARANG

BORANG PERMOHONAN MYKASIH 2024 : MOHON SEKARANG

Setiap penerima yang disahkan layak akan menerima bantuan melalui Mykasih sebanyak RM100 setiap bulan (bagi penerima di Semenanjung Malaysia). Bantuan yang disalurkan ini dapat sedikit sebanyak membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk membeli barangan keperluan asas.

Bagaimanakah borang permohonan mykasih? Ikuti panduan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN MYKASIH BUJANG : CHECK STATUS SEKARANG

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN MYKASIH 2024

Adalah terhad kepada yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

JUMLAH PERUNTUKAN MYKASIH 2024

Program MyKasih bagi tahun 2024 dijangka memanfaatkan lebih 700,000 penerima dengan peruntukan RM700 juta berbanding tahun 2023, iaitu hanya 210,000 penerima dengan perbelanjaan RM130 juta. Ini melibatkan peningkatan peruntukan lebih lima kali ganda berbanding tahun lepas. Di bawah program ini, penerima yang layak boleh membeli barang keperluan asas terpilih dengan menggunakan myKAD di kedai-kedai runcit berdaftar.

TARIKH PENERIMAAN BANTUAN MYKASIH 2024

Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 / RM50 secara bulanan selama 12 bulan menerusi Kad Pengenalan (MyKad) penerima untuk membeli barang keperluan asas terpilih. Pembayaran pertama akan dilakukan bermula 22 Januari 2024 manakala bayaran seterusnya bermula Februari 2024 akan disalurkan ke akaun MyKad penerima pada 1 hari bulan setiap bulan sehigga bayaran akhir pada 1 Disember 2024.

BORANG PERMOHONAN MYKASIH 2024

Untuk makluman, tiada permohonan diperlukan kerana kelayakan SARA adalah secara automatik berdasarkan data Miskin Tegar dan Miskin eKasih sehingga 31 Oktober 2023 yang hanya lulus STR 2024. Justeru, pemohon perlu memohon STR terlebih dahulu. Ikut cara permohonan STR di bawah :

  1. Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024; atau klik pautan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/#.
  2. Klik butang [Permohonan Baharu] bagi membuat Permohonan Baharu.
  3. Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda () adalah mandatori diisi. Isikan Nombor MyKad Pemohon dan tekan butang [SEMAK]. Jika Status Perkahwinan Pemohonan adalah Kahwin, Maklumat Pasangan perlu diisi dengan lengkap. Ruangan bertanda () adalah mandatori diisi.
  4. Pemakluman mengenai Maklumat Anak (hendaklah diisi dengan tepat dan lengkap).
  5. Pemohon perlu mengisi maklumat berkaitan waris dengan lengkap.
  6. Klik butang [TERUSKAN] setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
  7. Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang [Sahkan Captcha].
  8. Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick [/] butang berikut.
  9. Klik butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
  10. Setelah permohonan berjaya dihantar, anda akan dipaparkan ‘Permohonan telah berjaya dihantar’.
  11. Pemohon boleh klik butang [Cetak] jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.
  12. Selesai.

DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN PERMOHONAN MYKASIH 2024

Berikut adalah dokumen sokongan yang diperlukan untuk permohonan :

  • Pemohon :
    • Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh JAIN / JPN; atau
    • Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
    • Salinan Sijil Perceraian yang dikeluarkan oleh JAIN / JPN; atau
    • Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah.
  • Pasangan :
    • Salinan pengenalan pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); atau
    • Salinan pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan / Sijil lahir / KP lama
  • Anak :
    • Anak Kandung Salinan MyKad / MyKID dan Salinan Sijil Lahir yang dikeluarkan oleh JPN; atau
    • Anak Angkat Salinan MyKad / MyKID dan Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Portal Rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

  • SARA :
  • STR :
    • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
    • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
    • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Risalah/Risalah%20STR%202024.pdf dan https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

46 thoughts on “BORANG PERMOHONAN MYKASIH 2024 : MOHON SEKARANG”

  1. Saya umur 65 tahun isteri saya 63 tahun penerima STR B40. Dah beberapa kali pergi ke supermarket nak beli barang asas rumah my kasih. Tetapi tak ada rekod kelulusan. Tolong bantu.

    Reply
  2. Saya ekasih pon tersenarai miskin tapi macam mane mykasih takde rekod tolong lah kami ringankan beban kami untuk beli barang dapur tolong lah kami dgn jasa baik tuan dan puan

    Reply

Leave a Comment