CARA SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKASIH 100 SETIAP BULAN 2024 : CHECK STATUS SEKARANG
Penyaluran bantuan Mykasih RM100 setiap bulan adalah bertujuan untuk membantu rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah serta dari golongan miskin dan miskin tegar termasuk semua kategori dewasa iaitu isi rumah, warga emas dan juga bujang.
Bagaimanakah cara semakan nama penerima bantuan mykasih 100 setiap bulan? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BAYARAN BANTUAN MYSARA FASA 1 : CHECK SEKARANG
APA ITU BANTUAN MYKASIH
Bantuan Mykasih disalurkan melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara tanpa tunai (cashless) ke dalam Kad pengenalan penerima yang layak untuk pembelian barangan keperluan asas dengan hanya menggunakan kad pengenalan sahaja di kedai-kedai terpilih seluruh Malaysia.
BILAKAH TARIKH PENERIMAAN BANTUAN MYKASIH 100 SETIAP BULAN 2024
Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 secara bulanan selama setahun melalui MyKad mereka untuk membeli barang keperluan asas terpilih. Pembayaran pertama akan dilakukan bermula 22 Januari 2024 manakala bayaran seterusnya bermula Februari 2024 akan disalurkan ke akaun MyKad penerima pada 1 hari bulan setiap bulan sehingga bayaran akhir pada 1 Disember 2024.
APAKAH BARANGAN BANTUAN MYKASIH 100 SETIAP BULAN 2024
Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan iaitu beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.
DIMANAKAH BOLEH MENGGUNAKAN BANTUAN MYKASIH 100 SETIAP BULAN 2024
enerima yang layak akan diberi penerangan mengenai kedai runcit terdekat untuk membeli barangan keperluan asas. MyKasih mempunyai lebih daripada 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.
CARA SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKASIH 100 SETIAP BULAN 2024
Ikuti cara semakan bantuan MyKasih RM100 setiap bulan di Portal Rasmi MyKasih seperti berikut :
PAUTAN PORTAL RASMI MYKASIH |
---|
https://www.mykasih.com.my/ |
- Sila klik pautan Portal Rasmi Mykasih di atas.
- Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
- Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Tekan butang [Semak Status].
- Status anda akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Email : [email protected]
- Website : https://www.mykasih.com.my/contact-us/.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.