CHECK BANTUAN TUNAI MYSTR FASA 4 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG
Jumlah penerima Bantuan Tunai MySTR bagi fasa yang ke-3 adalah seramai 8.5 juta dan dijangka jumlah penerima bagi fasa ke-4 akan meningkat / bertambah seiring dengan pemohon yang berstatus lulus dan melepasi verifikasi kelayakan sehingga 30 September lalu.
Bagaimanakah check status bantuan tunai mystr fasa 4? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : CARA MEMOHON BANTUAN KEPERLUAN BARANG DAPUR DALAM MYKAD RM1800 TERBARU : MOHON SEKARANG
KADAR JUMLAH BAYARAN BANTUAN TUNAI MYSTR FASA 4 2024
Setiap penerima sedia ada (dari fasa 1) akan menerima bayaran Bantuan Tunai MySTR fasa yang ke-4 adalah mengikut kadar jumlah seperti berikut :
- Kategori Isi Rumah :
KELAYAKAN ISI RUMAH | KADAR JUMLAH BANTUAN MYSTR FASA 4 |
---|---|
ISI RUMAH PENDAPATAN RM2,500 KE BAWAH | 0 Anak : RM200. 1-2 Anak : RM350. 3-4 Anak : RM500. >5 Anak : RM700. |
ISI RUMAH PENDAPATAN RM2,501 – RM5,000 | 0 Anak : RM150. 1-2 Anak : RM200. 3-4 Anak : RM250. >5 Anak : RM350. |
- Kategori Bujang :
KELAYAKAN BUJANG | KADAR JUMLAH BANTUAN MYSTR FASA 4 |
---|---|
Bujang Umur 21 hingga 59 tahun | RM100 |
Bujang Umur 60 tahun ke atas | RM150 |
CHECK BANTUAN TUNAI MYSTR FASA 4 2024
Untuk check status bayaran penerima Bantuan Tunai MySTR fasa ke-4, ikuti panduan semakan berikut :
- Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halaman utama, sila masukkan nombor Mykad pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Sekiranya frasa keselamatan yang dipaparkan adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran penerima fasa 4 akan dipaparkan.
- Selesai.
KAEDAH BAYARAN BANTUAN TUNAI MYSTR FASA 4 2024
Bantuan Tunai MySTR bagi fasa ke-4 akan dibayar kepada penerima mengikut kaedah seperti berikut :
- Kredit ke Akaun Bank :
- Pembayaran Bantuan Tunai MySTR fasa ke-4 melalui pengkreditan ke dalam akaun bank penerima / pasangan yang aktif; atau
- Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) :
- Pembayaran akan dilakukan secara tunai di kaunter BSN kepada penerima sekiranya :
- Status pengkreditan ‘Gagal Kredit’; atau
- Tiada maklumat akaun bank yang aktif.
- Pembayaran akan dilakukan secara tunai di kaunter BSN kepada penerima sekiranya :
TARIKH BAYARAN BANTUAN TUNAI MYSTR FASA 4 2024
Pembayaran Bantuan Tunai MySTR untuk fasa yang ke-4 adalah dijangka pada tarikh :
TARIKH BAYARAN BANTUAN MYSTR FASA 4 |
---|
Sebelum atau pada 30 November 2024 |
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_PEMBAYARAN%20STR%202024.pdf.