BANTUAN TAMBAHAN STR RM1800 TERBARU 2024 : MOHON ONLINE SEKARANG
Selain permohonan bantuan STR, pemohon juga perlu mendaftarkan diri di bawah pangkalan data e-Kasih Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) untuk menerima Bantuan Tambahan STR yang disalurkan setiap bulan sepanjang tahun.
Bagaimanakah cara mohon online bantuan tambahan str rm1800 terbaru? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : CHECK BANTUAN TUNAI MYSTR FASA 4 : SEMAK STATUS SEKARANG
NILAI BANTUAN TAMBAHAN STR TERBARU 2024 DISALURKAN
Bantuan Tambahan STR disalurkan dengan nilai mengikut kelayakan seperti berikut :
- Isi Rumah Berpendapatan Rendah :
- Tiada Anak : RM1,000 (STR) + RM1,200 (Tambahan);
- 1-2 Anak : RM1,500 (STR) + RM1,200 (Tambahan);
- 3-4 Anak : RM2,000 (STR) + RM1,200 (Tambahan);
- 5 Anak ke atas : RM2,500 (STR) + RM1,200 (Tambahan).
- Bujang 21 hingga 59 tahun : RM350 (STR) + RM600 (Tambahan).
- Bujang 60 tahun ke atas : RM600 (STR) + RM1,200 (Tambahan).
KAEDAH BANTUAN TAMBAHAN STR TERBARU 2024 DISALURKAN
Penyaluran Bantuan Tambahan STR yang terbaru adalah melalui dua (2) kaedah yang berbeza, iaitu :
- Secara tunai (sama seperti penyaluran STR) melalui akaun bank penerima atau tunai di kaunter BSN; atau
- Secara tanpa tunai melalui akaun yang dibuka berdasarkan nombor kad pengenalan penerima.
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN BANTUAN TAMBAHAN TERBARU 2024
Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut untuk membuat permohonan :
- Warganegara Malaysia;
- Berkahwin (ada atau tiada anak); atau
- Bujang / Ibu bapa tunggal / Balu;
- Pendapatan bawah garis PGK semasa atau bawah RM2,500 sebulan;
- Lulus Permohonan Bantuan STR bagi tahun 2024; dan
- Berdaftar dengan e-Kasih sebagai penerima Miskin / Miskin Tegar.
CARA MOHON ONLINE BANTUAN TAMBAHAN STR RM1800 TERBARU 2024
Berikut merupakan panduan cara memohon secara online Bantuan Tambahan STR :
- Sila layari portal rasmi Permohonan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Kemudian, klik butang [Permohonan Baharu].
- Lengkapkan segala maklumat pemohon yang diperlukan dengan betul.
- Klik butang [TERUSKAN] setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
- Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang [Sahkan Captcha].
- Sila pastikan maklumat yang dipaparkan adalah tepat dan sila tick [/] bahagian pengesahan.
- Klik butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, anda akan dipaparkan ‘Permohonan telah berjaya dihantar’.
- Selesai.
PENDAFTARAN BANTUAN TAMBAHAN STR TERBARU 2024
Individu / orang awam boleh mendaftar e-Kasih melalui cara berikut :
- Hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan; atau
- Melalui telefon; atau
- Surat; atau
- e-mel rasmi; atau
- Membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) atau Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP).
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi STR & SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Talian Hotline SARA : 03-7720 1800 / 03-7720 1900
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SARA2024_Final19012024_BM.pdf.