JUMLAH BANTUAN MYKASIH 2025 : SEMAK SEKARANG & LIHAT SYARAT KELAYAKAN
Bermula sejak 2023, peruntukan untuk Bantuan MyKasih hanyalah sebanyak RM130 juta sahaja dan dinaikkan pada tahun 2024 kepada lebih RM700 juta yang mana jumlah peruntukan meningkat sehingga lima kali ganda dan peruntukan bagi tahun 2025 pula berkali-ganda.
Bagaimanakah semak kelayakan jumlah bantuan mykasih? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : BANTUAN BARANG DAPUR B40 2025 : SEMAK KELAYAKAN & JUMLAH
JUMLAH BANTUAN MYKASIH 2025
Setiap penerima yang layak akan menerima Bantuan MyKasih dengan jumlah sebanyak RM600 sehingga RM1,200 setahun (sepanjang tahun 2025) dan jumlah adalah tertakluk kepada kategori kelayakan penerima untuk setiap negeri.
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN MYKASIH |
---|---|
BUJANG | RM600 setahun |
ISI RUMAH | RM1,200 setahun |
WARGA EMAS | RM1,200 setahun |
BILANGAN PENERIMA BANTUAN MYKASIH 2025
Bagi membantu mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat, bukan sahaja kadar peruntukan Bantuan MyKasih dinaikkan, malah bilangan penerima juga bertambah setiap tahun iaitu seramai :
TAHUN PENYALURAN BANTUAN MYKASIH | BILANGAN PENERIMA |
---|---|
2023 | 0.2 juta penerima |
2024 | 0.7 juta penerima |
2025 | 4.1 juta penerima |
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH
Syarat-syarat kelayakan rasmi sebagai penerima Bantuan MyKasih adalah seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
SEMAKAN BANTUAN MYKASIH 2025
Ikuti cara semakan Bantuan MyKasih di pautan rasmi seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi MyKasih; atau klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa tanda sengkang (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://belanjawan.mof.gov.my/ms/.