BANTUAN RM100 PEMBELIAN BARANG DAPUR 2025 : SEMAK SEKARANG
YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah menyatakan dalam Persidangan Belanjawan baru-baru ini bahawa kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan dan menambah peruntukan pemberian bantuan untuk pembelian barang dapur bagi tahun 2025.
Bagaimanakah semak bantuan rm100 pembelian barang dapur? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : JUMLAH BAYARAN BANTUAN STR 2025 BUJANG : SEMAK SEKARANG
PENGENALAN BANTUAN PEMBELIAN BARANG DAPUR 2025
Selain daripada inisiatif mengawal harga barangan, kerajaan juga mewujudkan sebuah bantuan tunai untuk menampung kos pembelian barang dapur yang bertujuan untuk membantu mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat.
TEMPOH PEMBERIAN BANTUAN RM100 PEMBELIAN BARANG DAPUR 2025
Bantuan tunai sebanyak RM100 akan diberikan kepada penerima untuk pembelian barang dapur mengikut tempoh yang ditetapkan untuk sepanjang tahun 2025 seperti berikut :
KELAYAKAN PENERIMA | TEMPOH PEMBERIAN BANTUAN RM100 |
---|---|
Penerima Miskin / Miskin Tegar | RM100 setiap bulan selama tempoh 12 bulan |
Penerima Bukan Miskin | RM100 setiap bulan selama tempoh 9 bulan |
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN PEMBELIAN BARANG DAPUR 2025
Berikut merupakan syarat kelayakan penerima Bantuan Pembelian Barang Dapur :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
SENARAI BANTUAN PEMBELIAN BARANG DAPUR
Setiap penerima boleh memilih barang dapur berikut untuk pembelian dengan bantuan :
- Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
- Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White.
- Telur : Nutriplus / QL eggs / CP.
- Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
- Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
- Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
- Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
- Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
- Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
- Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di Talian : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2025/ucapan/touchpoint-budget-bm.pdf.