STR FASA 4 2024 TARIKH BAYARAN : SEMAKAN

STR FASA 4 2024 TARIKH BAYARAN : SEMAKAN

Kesemua lebih 8.5 juta rakyat yang telah disahkan status sebagai penerima STR bagi tahun 2024 telah menantikan tarikh bayaran untuk fasa keempat (4) dan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telahpun mengumumkan tarikh bayaran tersebut pada Persidangan baru-baru ini.

Bagaimanakah semakan str fasa 4 tarikh bayaran? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN RM3000 BELI LAPTOP TERBARU : MOHON & SEMAK SEKARANG

STR FASA 4 2024 TARIKH BAYARAN

Tarikh bayaran Bantuan STR Fasa 4 adalah bermula pada :

PERKARATARIKH
Bayaran STR Fasa 47 November 2024 (Khamis)

STR FASA 4 2024 JUMLAH BAYARAN

Bantuan STR Fasa 4 akan dibayar kepada penerima mengikut jumlah berikut :

  • Kategori Isi Rumah :
KELAYAKAN
ISI RUMAH
JUMLAH BAYARAN
Isi Rumah B400 anak : RM200
1-2 anak : RM350
3-4 anak : RM500
5 ke atas : RM650
Isi Rumah M400 anak : RM150
1-2 anak : RM200
3-4 anak : RM250
5 ke atas : RM300
  • Kategori Bujang :
KELAYAKAN
BUJANG
JUMLAH BAYARAN
Bujang Umur
21 hingga 59 tahun
RM100
Bujang Umur
60 tahun ke atas
RM150

KAEDAH BAYARAN STR FASA 4 2024

Sama seperti sebelum ini, bayaran STR Fasa 4 juga melalui dua (2) kaedah seperti berikut :

BIL.KAEDAH BAYARANJENIS PENERIMA
1.Dikreditkan ke dalam
akaun bank penerima
Penerima mempunyai
akaun bank
2.Diberikan secara tunai
di kaunter BSN
Penerima tiada maklumat
akaun bank

SEMAKAN STR FASA 4 2024

Untuk mengetahui status bayaran STR Fasa 4, semakan boleh dibuat pada pautan rasmi di bawah :

  1. Sila layari pautan rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan pemohon pada ruangan ‘No MyKad’ tanpa sengkang (-).
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status bayaran penerima akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi STR. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_PEMBAYARAN%20STR%202024.pdf.

Leave a Comment