JUMLAH BANTUAN WARGA EMAS 2025 : SEMAK SEKARANG
Supaya kebajikan Warga Emas yang kurang bernasib baik terus terpelihara, kerajaan akan meneruskan lagi penyaluran bantuan tunai kepada warga emas bagi tahun 2025 dengan peruntukan bantuan dipertingkatkan berbanding tahun sebelum ini.
Bagaimanakah semak jumlah bantuan warga emas? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : JUMLAH BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH : SEMAK SEKARANG
JUMLAH BANTUAN WARGA EMAS 2025
Pada tahun 2025, Kerajaan akan menyalurkan bantuan tunai kepada Warga Emas sebanyak RM600 setiap bulan ketimbang tahun 2024 hanya disalurkan sebanyak RM500 setiap bulan. Dengan penambahan jumlah tersebut dapat membantu meringankan bebanan warga emas khususnya yang tiada pendapatan.
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
---|---|
Warga Emas | Daripada RM500 sebulan (2024) Kepada RM600 sebulan (2025) |
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN WARGA EMAS
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan untuk penerima Bantuan Warga Emas :
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
- Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; dan
- Warga emas yang bukan tinggal di :
- Institusi kendalian JKM; atau
- Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma.
PERMOHONAN BANTUAN WARGA EMAS 2025
Warga emas yang ini memohon bantuan, permohonan boleh dibuat seperti berikut :
- Sila muat turun borang permohonan di sini : https://www.jkm.gov.my/jkm/uploads/files/Bahagian%20PW/BORANG%20PERMOHONAN%20JKM%2018%20(2022)(1).pdf.
- Cetak borang permohonan tersebut.
- Kemudian, isikan segala maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
- Setelah borang tersebut selesai diisi, pemohon perlu menghadirkan diri di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian yang berhampiran.
- Selesai.
*Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
SENARAI DOKUMEN SOKONGAN BANTUAN WARGA EMAS
Pemohon diminta untuk membawa dokumen sokongan seperti berikut semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarat :
- Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
- Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama;
- Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama;
- Penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
CARA SEMAKAN BANTUAN WARGA EMAS
Untuk mengetahui status permohonan Bantuan Warga Emas, ikuti cara semakan seperti berikut :
- Sila klik pada pautan semakan rasmi JKM di sini : https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp.
- Anda akan dibawa ke halaman utama portal rasmi JKM.
- Kemudian, klik pada [eBantuanJKM].
- Pada laman tersebut, sila klik pada [Semakan Status Permohonan Atas Talian].
- Masukkan nombor kad pengenalan pemohon pada ruangan No.MyKad.
- Klik pada butang [Semak].
- Status pemohon akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi JKM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian JKM : 03 – 8000 8000
- Faks : 03 – 8323 2045
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/left&id=dmp5dm5raUhvVSt6SVk4MWRmZkswdz09.