JUMLAH BANTUAN TUNAI MYSTR BUJANG 2025 : SEMAK SEKARANG

JUMLAH BANTUAN TUNAI MYSTR BUJANG 2025 : SEMAK SEKARANG

Dijangka seramai lebih 3.4 juta rakyat Malaysia yang berstatus bujang, balu, janda dan duda tiada anak yang berpendapatan rendah akan menerima dan menikmati manfaat Bantuan Tunai MySTR pada tahun 2025 dengan jumlah yang dipertingkatkan.

Bagaimanakah semak jumlah bantuan tunai mystr bujang? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK JUMLAH BANTUAN TUNAI STR FASA 4 : SEMAK SEKARANG

JUMLAH BANTUAN TUNAI MYSTR BUJANG 2025

Kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan jumlah bayaran Bantuan Tunai MySTR kepada golongan Bujang pada tahun 2025 dengan jumlah sebanyak RM600 (setahun) ketimbang tahun 2024 hanya dibayar sebanyak RM350 sahaja.

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
TUNAI MYSTR
BujangDaripada RM350 (2024)
Kepada RM600 (2025)

KAEDAH PENYALURAN BANTUAN TUNAI MYSTR BUJANG 2025

Penyaluran Bantuan Tunai MySTR yang bernilai RM600 kepada golongan bujang adalah secara ansur berperingkat mengikut fasa-fasa sepanjang tahun 2025 melalui kaedah berikut :

  1. Dikreditkan ke dalam akaun bank :
    • Kepada penerima bujang yang mempunyai akaun bank yang aktif; atau
  2. Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) :
    • Kepada penerima yang tiada maklumat perbankan atau status ‘Gagal Kredit’.

KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TUNAI MYSTR BUJANG

Berikut merupakan kriteria kelayakan penerima Bantuan Tunai MySTR kategori bujang :

  • Penerima merupakan Warganegara Malaysia;
  • Had umur 21 hingga 59 tahun;
  • Berstatus Bujang / Balu / Janda / Duda (tiada anak);
  • Bekerja di Malaysia dan berpendapatan bawah RM2,500 sebulan;
  • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.

SEMAKAN BANTUAN TUNAI MYSTR BUJANG

Ikuti cara semakan status sebagai penerima Bantuan Tunai MySTR kategori Bujang di bawah :

  1. Sila layari laman rasmi MySTR; atau klik pautan ini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama MySTR akan dipaparkan.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan [No MyKad] tanpa tanda sengkang (-).
  4. Klik butang [Log Masuk].
  5. Seterusnya, klik [Semak].
  6. Sekiranya frasa keselamatan yang dipaparkan adalah betul, klik [Ya].
  7. Masukkan kata laluan yang betul.
  8. Klik butang [Log Masuk].
  9. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Status penerima bujang akan dipaparkan.
  11. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi STR. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2025/ucapan/touchpoint-budget-bm.pdf.

Leave a Comment