PLKN 2025 : SEMAK LAYAK ATAU TIDAK LAYAK
Pengambilan peserta Program Latihan Khidmat Negara pada fasa pertama (1) tahun 2025 adalah dimulakan dengan anggaran peserta seramai hampir 500 orang yang akan ditempatkan di dua (2) kem tentera di Kuala Lumpur dan Pahang menurut Timbangan Menteri Pertahanan, Adly Zahari.
Bagaimanakah semak layak atau tidak layak plkn? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : BANTUAN TUNAI RM600 BUJANG : PERMOHONAN & SEMAKAN
PLKN 2025
Program Latihan Khidmat Negera (PLKN) telah diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia sejak tahun 2023 sebagai program latihan asas ketenteraan merangkumi modul fizikal, khidmat komuniti, pembinaan karakter dan kenegaraan yang melibatkan aspek kepimpinan, ketahanan diri, aktiviti kawad kaki dan pengenalan kepada senjata api.
Namun begitu, program ini dihentikan pada tahun 2015, kemudian diteruskan semula pada tahun 2016 sebagai PLKN siri 2.0 dan seterunya dimansuhkan pula pada tahun 2018 kerana menelan banyak kos. Kini, kerajaan bersetuju untuk meneruskan lagi pada tahun 2025.
TEMPOH LATIHAN PLKN 2025
Setiap peserta yang terpilih atau disahkan layak perlu menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) ini selama tempoh tiga (3) bulan sahaja, yang mana tarikh bermula dan tarikh program berakhir akan dimaklumkan kepada setiap individu secara rasmi nanti.
TEMPOH LATIHAN PLKN |
---|
Tiga (3) bulan sahaja |
SENARAI PROGRAM PLKN
Berikut merupakan program-program latihan PLKN yang akan dilaksanakan :
- Modul Fizikal : melibatkan aspek kepimpinan, ketahanan diri, keyakinan dan pembinaan kumpulan/ pasukan, aktiviti asas kawad, abseiling, latihan pandu arah, merempuh halangan, pengenalan ikhtiar hidup, jungle tracking, menyeberang sungai dan pengenalan kepada senjata api.
- Elemen Kenegaraan / Pembentukan watak : meliputi sejarah negara, kedaulatan dan maruah negara, struktur dan sistem dunia, Malaysia dan isu antarabangsa, ancaman keselamatan, ketahanan nasional dan sebagainya.
- Elemen Khidmat Masyarakat : meliputi aktiviti keceriaan di pusat latihan, khidmat komuniti, pengalaman di agensi awam, penghijauan bumi, kempen kitar semula, tunjuk ajar akademik, gotong-royong, projek masyarakat desa, kajian kumpulan, pemahaman sosial tempatan, pemulihan, alam sekitar, taklimat kesihatan, menderma darah dan sebagainya.
SEMAKAN PLKN LAYAK ATAU TIDAK LAYAK
Secara lazimnya untuk mengetahui status kelayakan (layak atau tidak layak) sebagai peserta PLKN, semakan boleh dibuat melalui cara berikut :
- Pesanan Ringkas (SMS) :
- Taip ‘PLKN SEMAK’ (ruang) Nombor Kad Pengenalan dan hantarkan ke 15888.
- Contoh :PLKN SEMAK 960230115678
- Taip ‘PLKN SEMAK’ (ruang) Nombor Kad Pengenalan dan hantarkan ke 15888.
- E-mel :
- Hantar e-mel ke PLKN.
- Pusat Panggilan JLKN :
- Hubungi talian : 03-40274773 / 03-40274774 / 03-40274776 / 03-40274777 / 03-40274779 / 03-40274646 / 03-40274664.
- Notis Panggilan :
- Peserta yang terpilih akan menerima Notis Panggilan PLKN.
- Laman Web Rasmi :
- Semakan boleh dibuat di laman web rasmi PLKN (Laman Web Rasmi masih belum dibuka untuk semakan dan akan dikemaskini apabila laman tersebut telah dibuka).
*Bagaimanapun sebarang bentuk semakan di atas masih belum dibuka.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Kementerian Pertahanan Malaysia. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.mod.gov.my/.