RASMI PERMOHONAN BARU BANTUAN TUNAI STR 2025 TELAH DIBUKA : MOHON SEKARANG
Permohonan Bantuan Tunai STR telah dibuka dan akan dibuka sepanjang tahun 2025 khas kepada 9 juta rakyat dewasa di Malaysia yang memenuhi syarat serta kriteria kelayakan yang ditetapkan. Kini rakyat boleh mula membuat permohonan untuk penerimaan STR pada tahun 2025.
Bagaimanakah permohonan baru bantuan tunai str 2025? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : RASMI KEMASKINI STR TELAH DIBUKA : MOHON SEKARANG
RASMI PERMOHONAN BARU BANTUAN TUNAI STR 2025 TELAH DIBUKA
Portal untuk permohonan Bantuan Tunai STR bagi fasa pertama tahun 2025 kini telahpun dibuka secara rasmi bermula 19 Oktober 2024 (Jumaat) dan akan ditutup pada 30 November 2024 (Sabtu).
TARIKH PERMOHONAN DIBUKA | TARIKH PERMOHONAN DITUTUP |
---|---|
19 Oktober 2024 | 30 November 2024 |
SYARAT & KRITERIA KELAYAKAN PEMOHON BANTUAN TUNAI STR 2025
Antara syarat kelayakan yang utama untuk memohon Bantuan Tunai STR adalah pemohon merupakan Warganegara Malaysia dan memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut :
- Isi Rumah :
- Berpasangan atau ibubapa tunggal;
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan;
- Mempunyai anak kandung atau anak angkat atau tiada anak.
- Warga Emas :
- Berpasangan atau ibubapa tunggal atau bujang;
- Berumur 60 tahun dan ke atas;
- Pendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan.
- Bujang :
- Bujang atau balu atau duda atau janda tiada anak;
- Berumur 21 hingga 59 tahun; atau
- OKU berumur 19 tahun dan ke atas;
- Pendapatan individu bawah RM2,500 sebulan;
- Bukan pelajar sepenuh masa IPTA atau IPTS.
PANDUAN PERMOHONAN BARU BANTUAN TUNAI STR 2025
Ikuti panduan cara permohonan Bantuan Tunai STR di pautan rasmi seperti berikut :
- Sila layari Potral Rasmi STR LHDNM di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Permohonan Baharu STR].
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, klik butang [Semak].
- Maklumat pemohon akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
- Isikan segala ‘Maklumat Pemohon‘ yang diperlukan pada ruangan yang bertanda (*) mandatori diisi seperti :
- Nombor telefon;
- Jenis Pekerjaan;
- Pendapatan Kasar Bulanan (Isi Rumah : Pemohon & Pasangan);
- Pilih Status Perkahwinan : Bujang / Kahwin / Cerai / Kematian Pasangan;
- Bujang kepada Kahwin : Masukkan tarikh perkahwinan; atau
- Kahwin kepada Cerai : Masukkan tarikh perceraian; atau
- Kematian Pasangan : Masukkan tarikh kematian pasangan.
- Alamat surat menyurat perlu diisi mengikut alamat yang terkini;
- Maklumat perbankan mengikut Nombor Akaun Bank yang masih aktif.
- Sekiranya pilihan status pemohon sebagai ‘Kahwin‘, lengkapkan ‘Maklumat Pasangan‘ yang diperlukan ada ruangan bertanda (*).
- Masukkan ‘Maklumat Anak‘ sekiranya mempunyai anak kandung atau anak angkat yang berdaftar di bawah JPN (terhad kepada 5 orang sahaja untuk diisi).
- ‘Maklumat Waris‘ juga perlu diisi dengan lengkap dan pilih hubungan dengan penama waris tersebut.
- Setelah semua maklumat diisi dengan lengkap, klik butang [Teruskan].
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang dipaparkan dengan betul.
- Klik pula pada butang [Sahkan Captcha].
- ‘Perakuan Pemohon’ akan dipaparkan.
- Kemudian, tandakan [/] pada ruangan Perakuan Pemohon sekiranya maklumat telah selesai diisi.
- Setelah itu, klik pada butang [Hantar] untuk meneruskan permohonan.
- ‘Permohonan Telah Berjaya Dihantar’ akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi STR. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/PanduanPenggunaSTR_PermohonanBaharu.pdf.