SEMAK BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD RM150 TERKINI FASA 4 2024 : CHECK STATUS PENERIMA
Terdapat dua (2) inisiatif pengkreditan Bantuan MyKasih iaitu secara tunai ke dalam akaun bank penerima atau secara tanpa tunai ke dalam MyKad penerima, yang mana pengkreditan tunai telah selesai pada bulan Ogos dan kini pengkreditan tanpa tunai ke dalam MyKad masih diteruskan.
Bagaimanakah semak bantuan mykasih dalam mykad rm150 terkini fasa 4? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : CHECK BANTUAN BARANG DAPUR B40 FASA 4 : SEMAK PENERIMA SEKARANG
TARIKH PENGKREDITAN BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD RM150 TERKINI FASA 4 2024
Pengkreditan Bantuan MyKasih ke dalam MyKad penerima yang terkini fasa keempat (4) adalah bermula pada 01 November 2024 (Jumaat) dan pengkreditan yang seterusnya adalah bermula pada 01 Disember 2024 (Ahad).
JUMLAH PENERIMA BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD RM150 TERKINI FASA 4 2024
Berdasarkan rekod data yang terkini, jumlah penerima Bantuan MyKasih yang layak menerima bantuan dalam MyKad bagi fasa keempat (4) adalah seramai lebih 0.7 juta penerima merangkumi golongan isi rumah, warga emas dan juga bujang.
TEMPOH AKHIR PENGGUNAAN BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD RM150 FASA 4 2024
Penerima terpilih yang disahkan status ‘layak’ menerima Bantuan MyKasih dalam MyKad boleh menggunakan bantuan tersebut sebelum pada tarikh akhir iaitu pada 31 Disember 2024 (Selasa) dan bantuan akan ditamatkan dengan serta merta.
SEMAK BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD RM150 TERKINI FASA 4 2024
Ikuti cara semakan Bantuan MyKasih Dalam MyKad yang terkini fasa empat (4) seperti berikut :
- Sila layari laman rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, layarkan ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [SEMAK STATUS].
- Bahagian semakan akan dipaparkan.
- Isikan ruangan ‘Nombor MyKad*’ tanpa tanda sengkang (-).
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima fasa empat (4) akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKASIH. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.