BANTUAN TUNAI STR BUJANG RM100 FASA 4 2024 : SEMAK PENERIMA SEKARANG

BANTUAN TUNAI STR BUJANG RM100 FASA 4 2024 : SEMAK PENERIMA SEKARANG

Terdapat peningkatan bilangan penerima Bantuan Tunai STR fasa keempat (4) yang berstatus bujang seramai lebih 0.1 juta daripada permohonan baharu dan juga rayuan yang telah diluluskan pada bulan September yang lalu.

Bagaimanakah semak penerima bantuan tunai str bujang rm100 fasa 4? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD TERBARU RM150 FASA 4 : SEMAK NAMA PENERIMA SEKARANG

BILANGAN PENERIMA BANTUAN TUNAI STR BUJANG 2024

Berikut merupakan jumlah bilangan penerima Bantuan Tunai STR kategori Bujang bagi sepanjang tahun 2024 :

FASA 1FASA 2FASA 3FASA 4
3.1 juta penerima3.3 juta penerima3.3 juta penerima3.4 juta penerima

TARIKH PENERIMAAN BANTUAN TUNAI STR BUJANG FASA 4 2024

Setiap penerima yang berstatus bujang akan menerima Bantuan Tunai STR fasa empat (4) mengikut tarikh seperti berikut :

JENIS PENERIMATARIKH PENERIMAAN
BAYARAN BANTUAN STR
Bujang Tiada Akaun Bank07 November 2024 (Khamis)
Bujang Ada Akaun BankBermula 07 November 2024 (Khamis)
secara berperingkat

KAEDAH PENERIMAAN BANTUAN TUNAI STR BUJANG FASA 4 2024

Penerimaan Bantuan Tunai STR adalah melalui dua (2) kaedah, iaitu :

  1. Secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) : Bagi penerima tiada akaun atau status ‘Gagal Kredit’;
  2. Secara pengkreditan ke dalam akaun bank penerima : Bagi penerima yang telah mendaftarkan nombor akaun bank yang aktif.

KADAR AMAUN BANTUAN TUNAI STR BUJANG FASA 4 2024

Bagi penerima sedia ada yang berstatus bujang akan menerima Bantuan Tunai STR mengikut kadar amaun seperti berikut :

KESELURUHAN
AMAUN STR
BUJANG
FASA 1FASA 2FASA 3FASA 4
RM350RM100RM100RM50RM100
*Bagi penerima baharu dan rayuan pula perlu membuat semakan untuk mengetahui kadar amaun yang akan diterima.

SEMAKAN PENERIMA BANTUAN TUNAI STR BUJANG RM100 FASA 4 2024

Ikuti cara semakan status penerima Bantuan Tunai STR fasa empat (4) seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan Portal Rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Masukkan ‘No. Kad Pengenalan‘ tanpa sengkang (-).
  3. Kemudian, klik butang [Log Masuk].
  4. Pada halaman seterusnya, klik butang [Semak].
  5. Sekiranya ‘Frasa Keselamatan‘ yang dipaparkan adalah betul, klik [Ya].
  6. Masukkan [Kata Laluan] yang ditetapkan dengan betul.
  7. Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
  10. Status bayaran fasa empat (4) akan dipaparkan.
  11. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi STR. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Leave a Comment