SEMAKAN STATUS MYKAD MYKASIH 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN STATUS MYKAD MYKASIH 2024 : CHECK SEKARANG

Inisiatif pemberian bantuan menerusi Mykad (kad pengenalan) penerima akan diteruskan oleh kerana mendapat sambutan daripada penerima pada tahun lepas. Namun bagi tahun 2024, pemberian bantuan MyKasih melalui Mykad akan diperluaskan kepada lebih ramai rakyat Malaysia yang menikmati manfaat tersebut.

Bagaimanakah semakan status mykad mykasih? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK PENERIMA BANTUAN MYKAD : SEMAK STATUS SEKARANG

APA ITU BANTUAN MYKAD MYKASIH

Kerajaan telah memberi peruntukan untuk menyalurkan bantuan di bawah yayasan Mykasih melalui Mykad penerima yang layak setiap bulan khas untuk pembelian barangan keperluan asas di mana-mana kedai yang berdaftar di Semenanjung Malaysia dan pembayaran hanya menggunakan Mykad sahaja.

BERAPAKAH KADAR BANTUAN MYKAD MYKASIH 2024

Setiap penerima yang disahkan layak akan menerima bantuan menerusi Mykad mengikut kadar yang ditetapkan setiap kategori seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN
Isi Rumah :
i. Berpasangan; atau
ii. Ibubapa tunggal yang mempunyai anak.
RM1,200 (RM100 setiap bulan)
Warga Emas tiada pasanganRM1,200 (RM100 setiap bulan)
BujangRM600 (RM50 setiap bulan)

BILAKAH TARIKH PENERIMAAN BANTUAN MYKAD MYKASIH 2024

Penerima yang layak akan menerima bantuan menerusi Mykad setiap bulan mengikut tarikh yang ditetapkan seperti berikut :

TARIKHJUMLAH BANTUAN
22.01.2024RM100 / RM50
01.02.2024RM100 / RM50
01.03.2024RM100 / RM50
01.04.2024RM100 / RM50
01.05.2024RM100 / RM50
01.06.2024RM100 / RM50
01.07.2024RM100 / RM50
01.08.2024RM100 / RM50
01.09.2024RM100 / RM50
01.10.2024RM100 / RM50
01.11.2024RM100 / RM50
01.12.2024RM100 / RM50

BAGAIMANAKAH CARA MENGGUNAKAN BANTUAN MYKAD MYKASIH 2024

Oleh kerana bantuan disalurkan secara tanpa tunai (cashless) menerusi Mykad, penerima tidak boleh mengeluarkan secara tunai. Ikuti cara untuk menggunakan bantuan dengan mykad seperti berikut :

  1. Sila kunjungi kedai-kedai atau pasaraya yang telah berdaftar dengan bantuan. (Rujuk senarai kedai berhampiran anda di sini : https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list).
  2. Kemudian pilih barang yang ingin dibeli berdasarkan 13 kategori yang diluluskan. Barangan keperluan asas yang terlibat dengan program akan dilabel untuk rujukan penerima. (Label MyKasih di rak tanda harga).
  3. Di kaunter bayaran, sila tunjukan MyKad (Kad pengenalan) untuk pengesahan penerima bantuan.
  4. Bayaran adalah dengan menggunakan MyKad (terhad RM100 sahaja, lebihan itu perlu dibayar secara tunai).
  5. Masukkan 6 digit nombor pin MyKad anda.
  6. Simpan resit sebagai rujukan baki.

*Nota : Pembelian selain barangan tersebut dan pembelian melebihi baki semasa SARA dalam MyKad perlu dibayar oleh penerima.

SEMAKAN STATUS MYKAD MYKASIH 2024

Ikuti cara semakan status penerima Bantuan Mykad di Portal Rasmi MyKasih seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih; atau klik pada pautan di sini : https://www.mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  4. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  5. Tekan butang [Semak Status].
  6. Status anda akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

1 thought on “SEMAKAN STATUS MYKAD MYKASIH 2024 : CHECK SEKARANG”

Leave a Comment