SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN 1200 MYKAD 2025 : CHECK SEKARANG
Bagi membolehkan bantuan diagihkan dengan cara yang cekap, telus dan selamat tanpa sebarang ketirisan, kerajaan bersetuju untuk melanjutkan lagi pemberian bantuan tunai menerusi MyKad (kad pengenalan) pada tahun 2025.
Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan 1200 mykad? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : BANTUAN E WALLET 300 : SEMAK PENERIMA SEKARANG
PENGENALAN BANTUAN MYKAD 2025
Bantuan MyKad atau rasminya dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di bawah program MyKasih yang merupakan sebuah inisiatif yang bertujuan untuk membantu rakyat yang kurang kemampuan untuk memenuhi keperluan asas setiap bulan.
Inisiatif bantuan yang disalurkan ke dalam kad pengenalan (MyKad) penerima adalah untuk memudahkan penerima membuat pembelian secara tanpa tunai (cashless) di mana-mana kedai atau pasaraya hanya dengan menggunakan MyKad sahaja.
KADAR & TEMPOH PENYALURAN BANTUAN 1200 MYKAD 2025
Kadar penyaluran bantuan tunai ke dalam MyKad penerima adalah sebanyak RM1,200 namun akan disalurkan secara ansur RM100 setiap bulan selama tempoh 12 bulan berturut-turut dan lazimnya bermula Januari sehingga Disember.
Sekiranya penerima tidak menggunakan Bantuan dalam MyKad pada bulan yang dikreditkan, baki akan dibawa ke bulan seterusnya dan boleh digunakan pada bulan semasa, namun perlu digunakan sebelum tamat tempoh iaitu pada bulan Disember.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN 1200 MYKAD 2025
Antara syarat-syarat kelayakan sebagai penerima Bantuan MyKad yang bernilai RM1,200 adalah :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah atau Warga Emas;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin / Miski Tegar dalam rekod data e-Kasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN 1200 MYKAD 2025
Untuk mengetahui nama penerima yang layak menerima Bantuan RM1,200 dalam MyKad, ikuti cara semakan seperti di bawah :
- Sila klik pada pautan portal rasmi di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama akan dipaparkan.
- Klik pada butang [SEMAK STATUS].
- Masukkan 12 digit nombor MyKad* tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
PERMOHONAN BANTUAN 1200 MYKAD 2025
Bagi yang belum memohon, ikuti cara permohonan di bawah :
- Sila layari portal rasmi Permohonan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Kemudian, klik butang [Permohonan Baharu].
- Lengkapkan segala maklumat pemohon yang diperlukan dengan betul.
- Klik butang [TERUSKAN] setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
- Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang [Sahkan Captcha].
- Sila pastikan maklumat yang dipaparkan adalah tepat dan sila tick [/] bahagian pengesahan.
- Klik butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, anda akan dipaparkan ‘Permohonan telah berjaya dihantar’.
- Selesai.
*Setelah permohonan dibuat, pemohon perlu mendaftar dengan e-Kasih sebagai penerima Miskin / Miskin Tegar dengan menghadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah atau menerusi talian e-Kasih mengikut negeri.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://manfaat.mof.gov.my/b2024/individu/sara.
Good
Besut
ZAINUN