SEMAKAN BANTUAN MYKASIH RM1200 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

SEMAKAN BANTUAN MYKASIH RM1200 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

Untuk pengetahuan umum, bantuan yang disalurkan melalui MyKasih telah dinaikkan kadar sehingga RM1,200 bagi tahun 2024 kepada 700,000 rakyat Malaysia yang layak. Bantuan yang disalurkan ini adalah bertujuan untuk membantu rakyat menghadapi isu kos sara hidup yang semakin tinggi.

Bagaimanakah semakan bantuan mykasih rm1200? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : PERMOHONAN BANTUAN RUMAH PPR : DAFTAR SEKARANG

SENARAI PENERIMA BANTUAN MYKASIH RM1200 2024

Berikut merupakan senarai penerima yang layak menerima Bantuan MyKasih yang bernilai RM1,200 bagi tahun 2024 :

  1. Isi Rumah berpasangan atau Ibubapa tunggal yang mempunyai anak dan berstatus Miskin / Miskin Tegar di bawah data e-Kasih; dan
  2. Warga Emas tiada pasangan yang berstatus Miskin / Miskin Tegar di bawah data e-Kasih.

KAEDAH BAYARAN BANTUAN MYKASIH RM1200 2024

Pembayaran Bantuan MyKasih yang bernilai RM1,200 adalah berbeza mengikut negeri penerima seperti berikut :

  1. Penerima beralamat di Semenanjung Malaysia :
    • Disalurkan tanpa tunai ke dalam Kad Pengenalan setiap bulan untuk pembelian barangan keperluan asas.
  2. Penerima beralamat di Sabah dan Sarawak :
    • Disalurkan ke dalam akaun bank atau secara tunai di BSN setiap dua kali setahun.

TARIKH BAYARAN BANTUAN MYKASIH RM1200 2024

Tarikh pembayaran Bantuan MyKasih yang bernilai RM1,200 juga berbeza bagi setiap negeri penerima seperti berikut :

  1. Penerima beralamat di Semenanjung Malaysia :
    • Setiap bulan bermula pada Januari 2024 hingga 1 Disember 2024 sebanyak RM100 sebulan.
  2. Penerima beralamat di Sabah dan Sarawak :
    • Dua kali setahun iaitu pada 19 Februari 2024 dan 12 Ogos 2024 sebanyak RM600.

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKASIH RM1200

Adalah terhad kepada yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

SEMAKAN BANTUAN MYKASIH RM1200 2024

Ikuti cara semakan status Bantuan MyKasih seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan semakan status di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  2. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  3. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Tekan butang [Semak Status].
  5. Status anda akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment