TARIKH SEMAKAN STATUS BAYARAN SARA ONE OFF RM300 2024 TELAH DIUMUMKAN : CHECK SEKARANG
Manfaat daripada Bantuan SARA akan diterima oleh 8 juta individu yang merupakan rakyat dewasa di Malaysia, yang mana tarikh bayaran telah diumumkan secara rasmi oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim di dalam Siaran Media Kementerian Kewangan (MOF) baru-baru ini.
Bilakah tarikh bayaran sara one off dan bagaimanakah cara semakan status? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : PERMOHONAN EKASIH : MOHON ONLINE SEKARANG
TARIKH SEMAKAN STATUS BAYARAN SARA ONE OFF RM300 2024 TELAH DIUMUMKAN
Berdasarkan pengumuman oleh Perdana Menteri dalam Siaran Media Kementerian Kewangan (MOF) baru-baru ini, Bantuan SARA yang akan dibayar secara one-off (sekaligus) kepada 8 juta individu adalah akan bermula pada 9 Disember 2024, Isnin.
Pada tarikh tersebut, kesemua penerima boleh mula membuat semakan status untuk mengetahui status bayaran semasa yang akan diterima, kerana pembayaran adalah secara berperingkat mengikut kelayakan daripada tarikh yang dinyatakan di atas.
SEMAKAN STATUS BAYARAN SARA ONE OFF RM300 2024
Untuk mengetahui status bayaran semasa Bantuan SARA secara one-off, ikuti panduan semakan status di bawah :
- Sila klik pada pautan rasmi Bantuan SARA One Off di sini [Portal Semakan SARA ONE OFF 2024].
- Halaman utama portal akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan.
- Selesai.
JUMLAH BAYARAN SARA ONE OFF 2024 TELAH DIUMUMKAN
Selain daripada tarikh, jumlah bayaran Bantuan SARA juga telah diumumkan kerana tidak semua akan menerima jumlah yang sama dan setiap penerima akan menerima jumlah yang berbeza mengikut kategori kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :
- Kategori Isi Rumah :
KELAYAKAN ISI RUMAH | JUMLAH BAYARAN SARA ONE OFF |
---|---|
Isi Rumah Berpasangan (Ada / Tiada anak) | RM300 |
Isi Rumah Tunggal (Ada anak) | RM300 |
- Kategori Bujang :
KELAYAKAN BUJANG | JUMLAH BAYARAN SARA ONE OFF |
---|---|
Bujang Umur 21 hingga 59 tahun | RM150 |
Bujang Umur 60 tahun dan ke atas | RM150 |
KADAR IMPLIKASI PENERIMA BAYARAN SARA ONE OFF 2024
Pembayaran Bantuan SARA secara one-off akan melibatkan kadar implikasi seperti berikut :
KATEGORI KELAYAKAN | BIL. PENERIMA | KADAR IMPLIKASI |
---|---|---|
Isi Rumah | 3.5 juta | RM1.0 billion |
Bujang | 4.5 juta | RM0.7 billion |
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://manfaat.mof.gov.my/b2024/individu/sara.