CARA MEMOHON BANTUAN MYKAD MADANI RM1200 2025 : MOHON ONLINE SEKARANG

CARA MEMOHON BANTUAN MYKAD MADANI RM1200 2025 : MOHON ONLINE SEKARANG

Demi kesejahteraan rakyat dalam meringankan bebanan dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup, Kerajaan bersetuju untuk meneruskan lagi Program Bantuan MyKad Madani pada tahun 2025 untuk manfaat lebih ramai rakyat.

Bagaimanakah cara memohon bantuan mykad madani rm1200? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAK BAYARAN SARA ONE OFF RM300 : CHECK SEKARANG

JUMLAH KREDIT BANTUAN MYKAD MADANI 2025

Bantuan MyKad Madani akan dikreditkan mengikuti jumlah yang ditetapkan setiap kelayakan seperti berikut :

  • Penerima Berstatus Miskin & Miskin Tegar :
    • Isi Rumah : RM1,200;
    • Warga Emas tiada pasangan : RM1,200;
    • Bujang : RM600.
  • Penerima Berstatus Bukan Miskin :
    • Isi Rumah : RM900;
    • Warga Emas tiada pasangan : RM450;
    • Bujang : RM0.

SYARAT KELAYAKAN MEMOHON BANTUAN MYKAD MADANI 2025

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan yang perlu dipenuhi untuk membuat permohonan :

  • Isi Rumah :
    • Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah;
    • Pasangan Warganegara Malaysia atau bukan Warganegara Malaysia;
    • Sekiranya memiliki anak (anak kandung atau anak tidak sah taraf atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN) mestilah Warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke bawah atau berumur 19 tahun bagi yang masih belajar sepenuh masa di IPTA / IPTS.
  • Warga Emas :
    • Berpasangan atau bujang;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas;
    • Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang :
    • Bujang atau Balu atau Duda / Janda tiada anak;
    • Berumur 21 hingga 59 tahun;
    • Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah;
    • Bukan pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS.

CARA MEMOHON BANTUAN MYKAD MADANI RM1200 2025

Ikuti cara permohonan Bantuan MyKad Madani di portal rasmi seperti berikut :

  1. Sila layari pautan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama akan dipaparkan.
  3. Sila klik pada butang [Permohonan Baharu].
  4. Lengkapkan maklumat pemohon dengan betul (Ruangan bertanda * adalah mandatori diisi).
  5. Isikan ‘Nombor MyKad’ pemohon dan klik butang [SEMAK].
  6. Segala maklumat pemohon akan dipaparkan.
  7. Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan betul.
  8. Lengkapkan maklumat bank (Masukkan akuan bank yang masih aktif).
  9. Sekiranya pilihan [Status Perkahwinan] pemohon adalah ‘Berkahwin’ sila lengkapkan maklumat pasangan.
  10. Masukkan ‘Maklumat Anak’ yang berusia 18 tahun ke bawah dan terhad kepada 5 anak sahaja.
  11. Setelah selesai, klik butang [Teruskan].
  12. Seterusnya, isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan dan klik butang [Sahkan Captcha].
  13. Kemudian, ‘Perakuan Pemohon’ akan dipaparkan, sila pastikan segala maklumat adalah tepat dan tandakan [/] pada ruangan tersebut.
  14. Klik butang [Hantar] di bawah.
  15. ‘Permohonan telah berjaya dihantar’ akan dipaparkan.
  16. Selesai.

*Sekiranya permohonan telah dibuat, pemohon perlu mendaftarkan diri sebagai penerima miskin dan miskin tegar.

CARA DAFTAR BANTUAN MYKAD MADANI RM1200 2025

Berikut merupakan cara pendaftaran Bantuan MyKad Madani yang bernilai RM1,200 :

  1. Hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan; atau
  2. Melalui telefon; atau
    • Talian e-Kasih seluruh Malaysia :
      • PPN Perlis : 04-9731976
      • PPN Kedah : 04-7209236
      • PPN P.Pinang : 04-2185700
      • PPN Perak : 05-2497400
      • PPN Selangor : 03-55213600
      • PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
      • PPN N.Sembilan : 06-7659945
      • PPN Melaka : 06-3333333
      • PPN Johor : 07-2234777
      • PPN Pahang : 09-5178208
      • PPN Terengganu : 09-6272000
      • PPN Kelantan : 09-7455000
      • PPN Sarawak : 082-446582
      • PPN Sabah : 088-484800
  3. Surat; atau
  4. e-mel rasmi; atau
  5. Membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) atau Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP).

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/.

Leave a Comment