BAYARAN BANTUAN TUNAI SARA ONE OFF RM300 BILA MASUK : SEMAK TARIKH RASMI SEKARANG

BAYARAN BANTUAN TUNAI SARA ONE OFF RM300 BILA MASUK : SEMAK TARIKH RASMI SEKARANG

Apabila kerajaan telah mengumumkan peruntukan Bantuan Sara sebanyak RM1.7 billion untuk disalurkan secara one-off (sekaligus) kepada 8 juta penerima dengan kadar antara RM150 sehingga RM300, tentunya ramai yang tertanya-tanya bilakah bayaran Bantuan Sara akan dimasukkan.

Bagaimanakah semak bayaran bantuan tunai sara one off bila masuk? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN MYSARA RM300 (ONE OFF)

TARIKH BAYARAN BANTUAN TUNAI SARA ONE OFF RM300 BILA MASUK

Bagi yang tertanya-tanya bilakah tarikh bayaran Bantuan Tunai Sara secara one-off (sekaligus), kerajaan telah mengumumkan bahawa bayaran akan bermula pada 9 Disember 2024, Isnin dan berperingkat selama tiga (3) hingga ke lima (5) hari bekerja.

MASA BAYARAN BANTUAN TUNAI SARA ONE OFF

Daripada tarikh yang dinyata, bantuan akan dimasukkan ke dalam bank penerima secara berperingkat mengikut masa seperti berikut :

  • Bank Simpanan Nasional : Selepas 6 petang;
  • Bank Islam : Selepas 8 malam;
  • Affin Bank : Selepas 8 malam;
  • Ambank : Selepas 8 malam;
  • Maybank : Selepas 9 malam;
  • Cimb Bank : Selepas 9 malam;
  • RHB Bank : Selepas 9 malam; dan
  • Bank Muamalat : Selepas 10 malam.

*Nota : Namun bayaran akan mengambil masa tiga (3) hingga ke lima (5) hari bekerja.

CARA BAYARAN BANTUAN TUNAI SARA ONE OFF

Cara pembayaran Bantuan Tunai Sara secara one-off (sekaligus) adalah bergantung kepada jenis penerima seperti berikut :

  • Penerima ada akaun bank :
    • Dikreditkan ke dalam akaun bank penerima mengikut nombor akaun yang didaftarkan.
  • Penerima tiada akaun bank :
    • Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

JUMLAH BAYARAN BANTUAN TUNAI SARA ONE OFF

Tidak semua penerima akan menerima jumlah bayaran yang sama, kerana Bantuan Tunai Sara akan dibayar mengikut ketegori kelayakan seperti berikut :

KELAYAKAN
KATEGORI
JUMLAH
BAYARAN
BIL.
PENERIMA
ISI RUMAHRM3003.5 juta
BUJANGRM1504.5 juta

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://manfaat.mof.gov.my/b2024/individu/sara.

Leave a Comment