SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN EWALLET RM300 2024 : CHECK STATUS
Bagi meningkatkan dayatahan kewangan rakyat yang berpendapatan rendah, kerajaan bersetuju untuk menyalurkan pelbagai bentuk inisiatif bantuan secara tunai mahupun secara tanpa tunai (cashless) melalui aplikasi e-Wallet.
Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan ewallet rm300? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : TARIKH PEMBAYARAN SARA ONE OFF RM300 : SEMAKAN STATUS
APA ITU BANTUAN EWALLET RM300 2024
Bantuan e-Wallet adalah merupakan inisiatif bantuan yang disalurkan sebanyak RM300 setiap bulan secara tanpa tunai melalui akaun e-Wallet yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor khas untuk penduduk di Selangor yang layak.
Selain itu juga, Kerajaan Persekutuan turut menyalurkan bantuan tunai sebanyak RM300 melalui akaun bank atau secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada seluruh rakyat Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
TARIKH PENERIMAAN BANTUAN EWALLET RM300 2024
Berikut merupakan tarikh penerimaan Bantuan yang berjumlah RM300 melalui dua (2) jenis penyaluran :
- Penerimaan RM300 secara tanpa tunai melalui akaun e-Wallet :
- Setiap 5 hingga 15 hari bulan;
- Penerimaan RM300 secara tunai melalui akaun bank :
- Bermula 9 Disember 2024, Isnin.
SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN EWALLET RM300 2024
Untuk mengetahui nama penerima bantuan RM300, ikuti cara semakan di dua pautan yang berbeza di bawah :
- Panduan Semakan Nama Penerima Bantuan e-Wallet RM300 :
- Sila klik pada pautan portal semakan di sini : https://bingkasselangor.com/.
- Pada halaman utama, klik pada [Semak Status Permohonan].
- Masukkan nombor telefon tanpa (-) contoh : 0123456789.
- Kemudian, Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan dengan betul.
- Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
- Panduan Semakan Nama Penerima Bantuan SARA RM300 :
- Sila layari pautan rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] contoh : 870230115678.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan ‘Lulus‘.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS & SARA. Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, pihak tuan/puan boleh menghubungi Talian hotline BINGKAS : 1-800-22-6600 & Talian hotline SARA : (603) 7720 1800.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://manfaat.mof.gov.my/b2024/individu/sara & https://www.bingkasselangor.com/.