SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN AWAL RAMADHAN B40 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN AWAL RAMADHAN B40 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

Menjelang bulan Ramadhan, pastinya rakyat Malaysia terutamanya yang beragama Islam perlu membuat persiapan khususnya untuk makanan berbuka dan bersahur. Mungkin ramai antara golongan B40 yang berpendapatan rendah kurang kemampuan untuk menyambut bulan Ramadhan. Justeru, Bantuan Awal Ramadhan disalurkan kepada golongan B40.

Bagaimanakah semakan status penerima bantuan awal ramadhan b40? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD B40 : SEMAK STATUS SEKARANG

JUMLAH BANTUAN AWAL RAMADHAN B40 2024

Bantuan Awal Ramadhan akan disalurkan kepada penerima yang layak mengikut jumlah seperti berikut :

JUMLAH BANTUAN AWAL RAMADHAN
RM500 disalurkan sekaligus

TARIKH KREDIT BANTUAN AWAL RAMADHAN B40 2024

Pengkreditan Bantuan Awal Ramadhan yang bernilai RM500 adalah mengikut tarikh seperti berikut :

TARIKH KREDIT BANTUAN AWAL RAMADHAN
Akan dikreditkan bermula pada 12 Mac 2024 bersamaan
1 Ramadhan 1445H secara berperingkat.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN AWAL RAMADHAN B40 2024

Pemberian Bantuan Awal Ramadhan adalah terhad kepada golongan B40 yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Beragama Islam;
  • Mesti bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang daripada (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan; dan
  • Golongan fakir miskin / muallaf / al-gharimin (orang yang berhutang) / ibnu sabil / fisabilillah dan ar-riqab / mereka yang ditimpa penyakit / peniaga kecil / pemandu teksi dan lain-lain lagi; serta
  • Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah.

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN AWAL RAMADHAN B40 2024

Ikuti cara semakan status penerima Bantuan Awal Ramadhan yang layak di pautan rasmi semakan seperti berikut :

PAUTAN RASMI SEMAKAN BANTUAN AWAL RAMADHAN
https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/
  1. Sila klik pautan laman web rasmi semakan di atas.
  2. Kemudian klik pada [Portal e-Baitulmal].
  3. Seterusnya, klik pada [Sistem eZ-Zakat].
  4. Masukkan nombor kad pengenalan pemohon (yang telah didaftarkan) tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
  5. Isikan kata laluan pemohon yang telah ditetapkan.
  6. Klik pada butang [Sign in].
  7. Kemudian, sila klik pada semakan permohonan.
  8. Status semasa pemohon akan dipaparkan.
  9. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MAIWP. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

  • Alamat pusat: Menara MAIWP, No.55, Lorong Haji Hussein 2, 50300 Kuala Lumpur.
  • Talian MAIWP: 03-2639 9000
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://www.portalinfo.my/terkini-bantuan-awal-ramadhan-rm500-secara-one-off/.

Leave a Comment