SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN MYKASIH 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN MYKASIH 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

Pada awalnya Mykasih ditubuhkan pada tahun 2009 oleh NGO tempatan iaitu Tan Sri Dr Ngau Boon Keat bersama isterinya Puan Sri Jean yang bertujuan untuk membantu golongan miskin dalam pemberian bantuan makanan. Namun telah mendapat perhatian daripada Kerajaan yang juga turut memperuntukan hampir RM700 juta bagi tahun 2024 untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar.

Bagaimanakah semak senarai nama penerima bantuan mykasih? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN AWAL RAMADHAN B40 : CHECK STATUS SEKARANG

KAEDAH PENYALURAN KEPADA PENERIMA BANTUAN MYKASIH 2024

Apabila keluarga terpilih disetujui oleh penderma, setiap keluarga akan mencalonkan penerima, di mana butiran akaun MyKad akan didaftarkan dan diaktifkan dalam sistem ini untuk menerima bantuan secara cashless.

Penerima bantuan makanan mendapat elaun bulanan yang mereka peroleh semasa menggunakan kad pintar MyKad atau My Kasih mereka di kedai runcit yang mengambil bahagian.

KADAR BANTUAN MYKASIH 2024

Pada tahun 2024, kadar Bantuan Mykasih telah dipertingkatkan sebanyak RM1,200 kepada penerima dalam kategori isi rumah dan warga emas, manakala untuk kategori bujang masih kekal sebanyak RM600 seperti tahun 2023.

Namun, bagi penerima di Semenanjung Malaysia akan menerima sebanyak RM100 / RM50 setiap bulan selama tempoh 12 bulan. Bagi penerima di Sabah dan Sarawak pula akan menerima dua kali setahun sebanyak RM600 / RM300.

JADUAL KREDIT BANTUAN MYKASIH 2024

Pengkreditan Bantuan MyKasih adalah berbeza mengikut tarikh yang ditetapkan setiap negeri penerima seperti berikut :

  1. Penerima yang beralamat di negeri Semenanjung Malaysia :
    • Bermula 22 Januari 2024,
    • 01 Februari 2024
    • 01 Mac 2024
    • 01 April 2024
    • 01 Mei 2024
    • 01 Jun 2024
    • 01 Julai 2024
    • 01 Ogos 2024
    • 01 September 2024
    • 01 Oktober 2024
    • 01 November 2024
    • Kredit akhir pada 01 Disember 2024.
  2. Penerima yang beralamat di negeri Sabah dan Sarawak :
    • Pada 19 Februari 2024; dan
    • 12 Ogos 2024.

SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN MYKASIH 2024

Untuk mengetahui senarai nama penerima yang layak hendaklah membuat semakan di portal rasmi bantuan Mykasih seperti pautan di bawah berikut :

PAUTAN PORTAL RASMI MYKASIH
https://www.mykasih.com.my/
  1. Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di atas.
  2. Pada halaman utaman laman rasmi MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  4. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  5. Tekan butang [Semak Status].
  6. Status anda akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

Talian Bantuan MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
E-mel : [email protected]
Laman Pertanyaan Bantuan MyKasih : https://www.mykasih.com.my/contact-us/.

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment